Make your own free website on Tripod.com
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

EN MUHD KHAIRUDDIN B. HJ MOHD NORDIN

BIODATA

1. SEKOLAH RENDAH: SK LUBOK KELUBI, HULU LANGAT (1975 - 1980)

2. SEKOLAH MENENGAH:

2.1 SMK ABDUL JALIL, HULU LANGAT (1981-1985)

2.2 SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, KAJANG (TINGKATAN 6)

3. IKTISAS:

3.1 MP SRI PINANG, PULAU PINANG (1988 - 1990)

3.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING: INSTITUT BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IBBA), KUALA LUMPUR (2001/2002)

4. TARIKH PERLANTIKAN SEBAGAI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING: SEPTEMBER 2002.

PENGALAMAN MENGAJAR:

1. SK SUNGAI LUI, HULU LANGAT (1990 - 1993)

2. SK TAMAN TASIK, AMPANG (1994 - 1998)

3. SK BUKIT RAYA, JALAN HULU LANGAT, HULU LANGAT (1999 - 31 MEI 2003)

VISI MISI FALSAFAH
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu murid dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif melalui perkhidmatan bimbingan yang berkesan, beramanah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
KOD ETIKA GURU BIMBINGAN

1. Guru bimbingan hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

2. Guru bimbingan hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang guru bimbingan dan integriti profesion.

3. Guru bimbingan hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4. Guru bimbingan hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

5. Guru bimbingan hendaklah diawasi serta dinilai tugas bimbingannya oleh penyelia professional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan pembimbing (consultative support).

EN HALIDON B. SAMSURI

GURU BIMBINGAN YANG KEDUA (MULAI 1 JUN 2003)

PERKEMBANGAN STAF

Pada 12 Julai 2003 lalu bertempat di Balai Wawasan SKBR telah diadakan Program Perkembangan Staf bagi kali kedua. Warga Pendidik SKBR merasa amat beruntung dan bertuah kerana program pada kali ini telah dihadiri oleh Tetamu Jemputan, Pn Hjh Hamidah bt Baba, bekas Pengarah BTP dan sekarang ini menjawat  jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Institut Terjemahan Negara Berhad. Beliau telah mengambil masa dua jam untuk menyampaikan ceramah motivasi bertemakan "Peningkatan Profesionalisme Keguruan." Survival Orang Melayu adalah bergantung kepada pendidikan pada masa depan. Oleh itu dasar kerajaan sekarang ini ke arah memperkasakan Sekolah-sekolah Kebangsaan.

Di samping itu guru-guru lain juga telah menyampaikan dapatan-dapatan baru yang diperolehi dalam kursus-kursus dalam bidang masing-masing pada tahun lalu dan tahun ini:

1. Encik Said Musa: Pembugaran Program Nilam dan Pengurusan Pusat Sumber

2. Pn Rohaya Usoff: Penyemakan Bahasa Melayu Tahun 4

3. En Mohd Azhar Man: Permainan Kreatif Matematik

4. Pn Maimunah bt Hasan: JPU Matematik

5. En Sahril b Sitam: Penyemakan Kajian Tempatan Tahun 4

Pn Hjh Hamidah Baba sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada warga pendidik SBR. Turut hadir Guru Besar dan YDP PIBG. Warga pendidik mendengar penuh perhatian. OHP digunakan dalam ceramah tersebut.
Pn Rohaya Usoff menyampaikan dapatan-dapatan dalam Kursus BM T4 Para pendidik SKBR tekun mendengar. En Sahril menyampaikan dapatan-dapatan baru dalam Kursus KT T4
PERTANDINGAN KESEJADAH 2004
Pada 26 Jun 2004 lalu bertempat di SMK Engku Husain, Semenyih telah diadakan Karnival Seni Jauhi Dadah (KESEJADAH) Peringkat Daerah Hulu Langat. Berbagai kategori pertandingan telah diadakan seperti Dikir Barat, Boria, Nasyid, Deklamasi Sajak, Poster dan Buku Skrap.

YB Dato' Ahamad Kuris b. Mohd Nor, ADUN Semenyih telah sudi merasmikan upacara penutup dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

Bagi Pasukan SKBR yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Boria telah mencuba sehabis daya tetapi tidak berjaya. Johan telah disandang oleh SK Jalan 4, BBB, Naib Johan jatuh ke tangan SK Jalan Bukit dan yang ketiga SK Lembah Jaya.

En Halidon Samsuri bergambar kenangan dengan Pasukan Boria SKBR Pasukan Boria SKBR sedang mempersembahkan boria mereka. Pasukan Boria SKBr yang dilatih dan dipimpin oleh Cik Munirah dan Cik Norshahnizah.