BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAYA

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) ditubuhkan untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah ini. Setiap warga pendidik dan kakitangan sekolah ini adalah menjadi ahli BKGK. Untuk menjadi ahli seseorang itu dikehendaki membayar sebanyak RM20.00 sebagai pendaftaran ahli dan sumbangan tahunan sebanyak RM50.00 yang boleh dibayar secara beransur-ansur sebanyak RM5.00 sebulan. Pengerusi BKGK bagi Sesi Persekolahan Tahun 2004 adalah En Halidon Samsuri, Setiausaha Cik Juliah Abdul Rahman dan Bendahari Puan Siti Zahara Mohd Nordin. Sementara  Ahli Jawatankuasa adalah:
PN MARIANAH BT MOHD YUSUF - PENASIHAT EN HALIDON SAMSURI  - PENGERUSI CIK JULIAH ABDUL RAHAMAN - SETIAUSAHA PN SITI ZAHARA MOHD NORDIN  - BENDAHARI
PN  HALIMATUN SAADIAH JOHARI  - AJK EN NOOR AZMI MOHD NOR  - AJK PN NABILLAH MOHD ROSLI  - AJK  EN SAHRIL SITAM - AJK
  EN RAMLAN SALIM - AJK PN ZAITUN BT BABA  - AJK

Satu Majlis Jamuan Perpisahan bagi meraikan guru dan staf sokongan telah diadakan pada 14.03.2004 di kantin sekolah. Mereka yang diraikan adalah Cik Hariati Hj Idris bertukar ke SK Dusun Tua sejak awal tahun. Pn Zainab Abu bertukar ke Perak sementara Cik Pawziah bersara awal dan kini pengusaha kantin di SMK Dusun Nanding.

Dari kiri : Pn Zainab, Cik Hariati, Cik Pawziah, Pn Hjh Zubaidah, Pn Hjh Fatimah, En Said, dan En Halidon. Cik Juliah selaku pengacara majlis.

Guru-guru mengambil makanan dan minuman. Cik Hariati kelihatan di sebelah kanan.

 

JAMUAN PERPISAHAN UNTUK EN IZHAR MD ZAID

En Izhar Md Zaid, guru kelas Tahun 6 Raya telah bertukar ke SK Ampang Campuran mulai 1 Jun 2004. Sempena sambutan Maulidurasul S.A.W. pada tahun ini, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah mengadakan jamuan perpisahan pada akhir sambutan itu di kantin sekolah. Pihak sekolah amat merasakan kehilangan beliau yang sukar dicariganti. Kini beliau bertugas sebagai Guru Bimbingan di sekolah baru beliau itu. Semoga Cikgu Izhar berjaya di dalam kerjaya barunya itu.

En Izhar menerima cenderahati daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan yang telah disampaikan oleh En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar SKBR sambil diperhatikan oleh Pn Hjh Fatimah dan Hjh Zubaidah (terlindung).

 

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN EN MOHAMAD JAFAR IBRAHIM

Pada 30 Julai 2004 satu majlis jamuan perpisahan dengan Encik Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar yang telah bertukar ke SK Taming Jaya mulai 1 Julai 2004 menggantikan tempat Pn Marianah bt Mohd Yusuf yang kini menjadi Guru Besar di SK Bukit Raya mulai tarikh yang sama.

En Mohamad Jafar menerima cenderahati daripada En Halidon, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBR. 

Tn Hj Hisham Baba, YDP PIBG turut hadir sama-sama meraikan En Mohamad Jafar serta anak dan isteri, Pn Ramlah.

Pn Marianah, menerima  sejambak bunga daripada Pn Rosnah Rashid, pengusaha kantin sekolah tanda mengalu-alukan kedatangan beliau ke SKBR.

MAJLIS KELARAI RINDU SEMARAK KASIH 2004

Pada 30 September 2004, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBR telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bertempat di Impian Golf Resort and Country Club jam 2.00 petang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tn Hj Hisham b. Baba, YDP PIBG sebagai perasmi.

Di samping jamuan makan turut diadakan penyampaian hadiah-hadiah kepada guru-guru dan kakitangan SKBR yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada sekolah pada tahun ini. Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan turut sama menyampaikan cenderahati kepada semua yang ahli dan turut bersama pada majlis ini.

Pengusaha kantin, Pn Rosnah bt Rashid juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati kepada semua guru dan kakitangan sekolah.   

Bergambar ramai sebagai tanda kenangan

Pn Marianah Mohd Yusuf diapit di sebelah kanan beliau, Pn Hjh Fatimah Sulaiman, PK Koko dan Pn Jasmah Jalil, isteri PK I.

BACKDROP

Dari kanan: Pn Rosmaini Ibrahim dan anak, Pn Nabillah Mohd Rosli, Cik Noradilah Che Mohamed, Cik Munirah Mohd Yusoff serta Cik Norshahnizah Mohamad.

JAMUAN AKHIR TAHUN 2002

 

 

 

 

 En Jafar menyampaikan ucapan. En Izhar selaku Pengerusi BKGK SKBR menyampaikan ucapan alu-aluan.  En Halidon menerima hadiah khidmat cemerlang daripada Guru Besar. 

 En Said menerima hadiah cabutan bertuah daripada En Jafar.

Semuanya kelihatan ceria.

Dari kiri: Ust. Fuziah,En Bazir,Pn Rasidah,En Izhar, dan Ust. Faizol. En Azmi menerima cenderamata daripada En Said. Menjamu selera.....