GURU BESAR

 

PN MARIANAH BT MOHD YUSUF

 

BIODATA GURU BESAR SK BUKIT RAYA

Puan Marianah bt Mohd Yusuf merupakan Guru Besar yang kedua bagi sekolah ini. Beliau memulakan tugas pada 1 Ogos 2004. Puan Marianah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Mempunyai pengalaman mengajar selama hampir 24 tahun. Beliau mula berkhidmat dalam profesion perguruan pada 5 Januari 1981.

Puan Marianah bt Mohd Yusuf dilahirkan di Kampung Bantayan Tamparuli, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Januari 1960. Mendapat pendidikan sekolah rendah di SRK Bantayan dari Darjah 1 hingga Darjah 6 pada tahun 1965 - 1971. Meneruskan pendidikan sekolah menengah di SMK Tamparuli dari Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 pada tahun 1972 - 1975. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 antara tahun 1976 - 1977 di bawah Biasiswa Yayasan Sabah. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1977.

Pada tahun 1979 - 1980, Puan Marianah mendapat Latihan Asas Perguruan selama dua tahun di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Latihan yang diperolehi ialah Pengajian Pendidikan Awal Remaja (PPAR) dalam Opsyen Sains. Beliau telah mengajar di beberapa buah Sekolah Menengah dan rendah di Negeri Sabah dan di Negeri Selangor. SK Bukit Raya merupakan sekolah ke sebelas beliau bertugas.

Berikut adalah senarai nama sekolah dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh beliau sepanjang perkhidmatan beliau.

BIL NAMA SEKOLAH JAWATAN JANGKAMASA
  1. SMK TELUPID, SANDAKAN, SABAH GURU PENOLONG C2  JAN 1981 - JAN 1982
  2. SMK BUKIT GARAM, SANDAKAN, SABAH GURU PENOLONG C2 JAN 1982 - SEPT 1988
  3. SK KUALA SUAN LAMBA, SANDAKAN, SABAH GURU BESAR, TINGKATAN BIASA 'A' SEPT 1988 - APRIL 1989
  4. SRK ST. GABRIEL, SANDAKAN, SABAH GPK KURIKULUM TINGKATAN BIASA 'A' APRIL 1989 - APRIL 1991
  5. SK SELUPOH, TUARAN, SABAH GURU PENOLONG TB 'A' & DG 6 APRIL 1991- DIS 1992
  6. SK PEKAN TAMPARULI, TAMPARULI, SABAH GURU PENOLONG DG 6 DIS 1992 - JUN 1995
  7. SK PEKAN TELIPOK, TUARAN, SABAH GPK KURIKULUM DG 5 JUN 1995 - FEB 1997
  8. SK TAMAN KERAMAT 2, KERAMAT AU, SELANGOR GPK KURIKULUM DG 5 & DGA 5 FEB 1997 - OGOS 2000
  9. SK BATU SEMBILAN, CHERAS, SELANGOR GPK KOKURIKULUM DGA 5 OGOS 2000 - FEB 2001
10. SK TAMING JAYA, BALAKONG, SELANGOR GURU BESAR DGA5 & DGA34 FEB 2001 - JULAI 2004
11. SK BUKIT RAYA, HULU LANGAT, SELANGOR GURU BESAR DGA 34 JULAI 2004 - KINI

   Beliau pernah menerima Anugerah Anjakan Gaji Melintang pada tahun 1998 di SK Taman Keramat 2 sewaktu memegang jawatan Guru Penolong Kanan Kurikulum di sekolah berkenaan.