Make your own free website on Tripod.com
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN HJH FATIMAH BT SULAIMAN

Pn Hjh Fatimah bt Sulaiman telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum mulai 16 Ogos 2002. Beliau ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya. Beliau melapor kerja pada 17 September 2002 dan memulakan tugas di sekolah ini mulai 23 September 2002. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Cheras.

Beliau telah dilahirkan pada 20 April 1955 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pendidikan Rendah Pn Hjh Fatimah adalah seperti berikut:

1. SR Kg Sg Suluh, Batu Pahat, Johor : 1962 - 1966

2. SM Tun Aminah, Batu pahat, Johor : 1967 - 1973

Pn Hjh Fatimah bt Sulaiman telah lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1973. Kemudian beliau memasuki latihan perguruan di Maktab Perguruan Mohd Khalid dari tahun 1976 hingga 1977.

Sekolah pertama beliau berkhidmat sebagai guru adalah Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor. Seterusnya.........

* SRK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur

* SK Seri Permai, Jalan Tengah, Pulau Pinang

* SK Semenyih, Semenyih, Selangor

* SK Batu 9, Cheras

* SK Bukit Raya, Jalan Hulu Langat

Seperti orang lain, beliau sangat gemar menanam pokok bunga untuk mengisi waktu lapang.

Pada tahun 1997 Pn Hjh Fatimah telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang peringkat Menegak. Beliau adalah merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang beliau berkhidmat sebelum ini.