HARI AKADEMIK

Pada 11 Jun 2003, Rabu telah diadakan Hari Akademik di sekolah ini. Pada hari tersebut ibu bapa telah dijemput hadir ke sekolah untuk bertemu dan berbincang dengan guru-guru kelas dan mata pelajaran anak-anak warga didik SKBR. Program yang berjalan dari jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang telah mendapat sambutan sederhana daripada ibu bapa -  dianggarkan sebanyak 45% daripada ibu bapa yang telah hadir. Hari Akademik bukanlah pertama kali diadakan tetapi memang sudah menjadi tradisi sejak sekolah ini dibuka pada tahun 1999. Tujuan Hari Akademik diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru bertemu dan bertukar-tukar maklumat tentang kemajuan pelajaran anak-anak didik sekolah ini. Di samping itu dapat mengeratkan SilaturRahim sesama guru dengan ibu bapa, warga SKBR.

FOTO-FOTO KEMERIAHAN PADA HARI AKADEMIK 2003

Cik Juliah melayani ibu bapa yang datang bertemu beliau.

Ust Fuziah membantu guru kelas Tahun 1C

Cik Fathin Hamammah Akmal menerangkan sesuatu kepada seorang ibu yang bertemu beliau

Pn Siti Zahara menggantikan Pn Rahimah, Guru Kelas Tahun 2K yang bertukar ke Kelantan.

En Suhaimi menerangkan tentang pelajaran anak didik di kelasnya.

En Ku Arshad melayani YDP yang datang bersama isteri.

Pn Rosmaini bersama-sama ibu bapa 3K.

Pn Maimunah berbincang dengan seorang bapa yang bertanyakan kemajuan pelajaran anaknya.

Pn Suzzana dengan ditemani Ustazah Hariati berbincang dengan seorang ibu tentang pelajaran anak didiknya.

Pn Rohaya menerangkan pelajaran anak didiknya kepada ibu-ibu yang bertemunya.

Pn Azlina berbincang dengan seorang ibu.

Pn Zawiyah berbincang dengan seorang ibu sementara yang seorang lagi menunggu.

En Sahril menerangkan tentang markah yang diperolehi anak seorang ibu yang datang bertemunya.

Cik Suhaida bersama Cik Noradilah menerangkan sesuatu kepada seorang bapa.

En Azhar melayani ibu bapa yang datang bertemunya.

En Mohamad Jafar turut melayani dan berbincang dengan seorang bapa.

En Mohd Rafie turut mendengar pandangan seorang bapa untuk memajukan anak didik SKBR.

Pn Rafidah bersama dengan seorang ibu Pendidikan Khas berbincang sesuatu untuk anak didik tersayang.

HARI AKADEMIK DAN PAMERAN ANTI DADAH 2004

Pada 16 Jun 2004 telah diadakan Hari Akademik dan Pameran Anti Dadah. Bagi ibu bapa boleh bertemu dan berbincang dengan guru kelas dan mata pelajaran anak masing-masing di bilik darjah. Pameran anti dadah yang diadakan di Makmal Sains telah dibuka kepada murid-murid di sebelah pagi dan ibu bapa di sebelah petang dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Tujuan pameran itu diadakan adalah untuk mendidik murid-murid agar tidak terlibat dengan dadah yang dianggap sebagai najis. Pihak Agensi Anti Dadah Daerah telah sudi membuat pameran tersebut.

Guru Kelas 2 Cempaka, En Suhaimi Abdul Rahman melayani seorang bapa dan abang murid kelasnya.

Seorang bapa berbincang dengan En Mohd Bazir Din, Guru Kelas 6 Cempaka.

Pn Rohaya dengan dibantu oleh Pn Juliana sedang melayani seorang ibu murid Tahun 6 Kenanga.

Us Fuziah Md Nor, Guru Kelas Tahun 4 Raya menunjukkan kepada seorang ibu yang ingin tahu pelajaran anaknya.

Cik Norhashekin Omar, Guru Kelas Tahun 3 Kenanga (Kini melanjutkan pelajaran di UiTM) sedang berbincang dengan ibu dan muridnya.

PAMERAN ANTI DADAH SEMPENA HARI AKADEMIK

Dianjurkan oleh JK Kaunseling dan Bimbingan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah

 

Bekas Murid Tahun 6 (2003) turut datang melihat pameran tersebut.

Antara banner Anti Dadah yang dipamerkan. Dua murid Tahun 6 bergambar di hadapan banner tersebut.

Sempena Hari Akademik, JK Kaunseling dan Bimbingan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Daerah mengadakan pameran untuk murid dan ibu bapa yang hadir.