HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 pada 23 Februari 2003 telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah yang dikenali sebagai Hari Anugerah Kecemerlangan bagi kali ke-4 kepada warga didik SKBR yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PKBS akhir tahun 2002 lepas. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut adalah Tan Sri Dato' Hjh Aishah Ghani,DPMS, SPMS, JMN selaku penaung SKBR dan juga merupakan bekas murid sekolah ini sebelum Perang Dunia Kedua dikenali sebagai 'Malay School.'Beliau telah sudi hadir dan merasmikan serentak Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5.

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Aishah Ghani tekun membaca buku program Hari Anugerah Kecemerlangan tersebut. Duduk di kanan beliau, En Mohamad Jafar Ibrahim,Guru Besar dan En Mohamad Zamri Idris, NYDP PIBG.  Tan Sri berucap merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5. Kumpulan Koir SKBR yang dilatih oleh Pn Siti Zahara Hj Nordin serta bantuan Cik Hariati Hj Idris menyampaikan lagu-lagu berunsur patriotik tambah menceriakan lagi majlis-majlis tersebut.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN TAHUN 2003
        SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2003
En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar menyampaikan hadiah kepada warga didik SKBR En Mohamad Zamri Idris, NYDP Sesi 2002/2003 turut menyampaikan hadiah Hj Hisham Baba, YDP bagi Sesi 2003/2004 tidak ketinggalan menyampaikan hadiah
  Buah nona dipetik dara,

Dara bernama Puteri Teratai,

Tekun berusaha setiap masa,

Segala yang dicita mudah tercapai.

 
Pasangan kembar SKBR dengan persembahan tarian yang memikat hati ibu bapa yang hadir Warga didik Kelas Pendidikan Khas dengan persembahan dikir barat
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan di atas sumbangan Tn Hj Hisham b. Baba, Yang Dipertua PIBG yang baru berupa sebuah komputer peribadi (PC) yang serba lengkap dengan printer, scanner, dan meja untuk kegunaan pejabat sekolah pada hari Rabu, 5 Mac 2003. Semoga Allah memberkati Tn Hj Hisham Baba. Amin ya Rabbal alamin.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2004

Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-6 pada 8 Februari 2004 lalu. Pada tahun ini majlis perasmian telah dilakukan oleh Tn Hj Hisham Baba selaku Pengerusi PIBG SKBR. Di samping para pelajar bergembira menerima hadiah masing-masing, ibu bapa turut gembira di atas kejayaan anak-anak mereka.

Sebahagian ibu bapa yang hadir untuk meraikan anak-anak yang mendapat hadiah pembelajaran

Tn Hj Hisham Baba, YDP menyampaikan hadiah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran

En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid yang mendapat pencapaian yang baik dalam pelajaran

En Mohd Lazim Mahat, NYDP menyampaikan hadiah kepada murid yang mencapai pelajaran yang cemerlang

En Said Musa, PK I menyampaikan hadiah kepada murid yang terbaik dalam pelajaran setahu yang lalu

Pn Hjh Zubaidah Abdullah, PK HEM menyampaikan hadiah kepada murid yang cemerlang

Murid-murid Tahap 1 mempersembahkan berbagai-bagai lagu

Persembahan lagu-lagu patriotik daripada murid-murid Tahap 2

GURU-GURU YANG BERTUGAS MENGENDALIKAN HADIAH. DARI KIRI: PN AZLINA ARIFFIN, DAN PN ROHAYA USOFF

TERIMA KASIH KEPADA TN HJ HISHAM BIN BABA, YDP PIBG SKBR YANG TELAH SUDI MERASMI DAN MENYAMPAIKAN HADIAH-HADIAH KEPADA WARGA DIDIK SKBR YANG TELAH BERJAYA DALAM PELAJARAN MEREKA PADA TAHUN 2003 LALU.