Make your own free website on Tripod.com
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
2003
16 Mei 2003, SKBR telah menyambut Hari Guru yang  ke-32 di peringkat sekolah dan di peringkat negara telah diadakan di Pulau Pinang. Tema hari guru pada tahun ini adalah sama dengan tahun lepas iaitu "Guru Berkualiti Aspirasi Negara.' Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Muhamad telah dibacakan oleh En Said Musa, GPK I. Sementara Pn Hjh Zubaidah Abdullah, GPK HEM telah membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat.Terdahulu daripada itu, En Mohamad Jafar Ibrahim, selaku Guru Besar telah menyampaikan ucapannya. Dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang kecemerlangan dalam pendidikan. Tugas guru antara lain adalah memanusiakan manusia. Satu tugas yang amat berat yang menuntut kepada kesabaran dan kesungguhan guru-guru mendidik anak didik yang dahagakan ilmu dan kasih sayang.

Berbagai aturcara telah disusun oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBR seperti perlawanan bolasepak antara Guru-guru dengan Pasukan Bolasepak SKBR dan Sukaneka.

Selain daripada itu tiga orang guru telah diberi anugerah dan hadiah kerana telah menjalankan tugas dengan dedikasi dan cemerlang:

1. En Said Musa -  Guru kreatif dan inovatif (Membina laman web sekolah)

2. Pn Hjh Rosnah bt Othman - Guru yang selalu datang awal

3. Pn Zawiyah bt Yussof - Guru yang mempunyai buku rekod mengajar yang kemas dan terawal menghantar buku

 SEBAHAGIAN FOTO-FOTO KENANGAN

EN JAFAR, GURU BESAR MENYAMPAIKAN UCAPANNYA

EN SAID MEMBACAKAN PERUTUSAN DARIPADA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PN HJH ZUBAIDAH, PK HEM MEMBACAKAN PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

GURU BESAR MENGETUAI GURU-GURU MENYANYIKAN LAGU GURU MALAYSIA KUMPULAN NASYID TAHUN 6 YANG DIKETUAI OLEH NURUL FATIHAH TURUT MEMPERSEMBAHKAN LAGU-LAGU NASYID
PASUKAN GURU BERGAMBAR KENANGAN DENGAN PASUKAN SEKOLAH MANA BOLANYA........ ACARA MENJUNJUNG PUNDI KACANG..CEPAT CIKGU FATIMAH, CEPAT..
APA PULA YANG DIBUAT EN JAFAR TU..TERINGAT ZAMAN KANAK-KANAK LAGI KE? BERBALOILAH JUGA...HADIAH BERUPA CAWAN WARGA PENDIDIK BERGAMBAR KENANGAN SEMPENA HARI GURU 2003
PERAYAAN HARI GURU 2004

Guru Besar bersama guru-guru menyampaikan lagu-lagu Hari Guru dan tema pada tahun ini - Guru Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan.

Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran, YB Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn dibacakan oleh En Said Musa, PK I

Ucapan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibacakan oleh En Halidon Samsuri, Guru Bimbingan

Guru Besar menyampaikan ucapan Hari Guru pada perhimpunan di dataran SKBR pada hari Isnin, 17.05.2004.

Cikgu Zawiyah mendeklamasikan sajak berjodol 'Guru.'

Guru-guru bergambar ramai sempena Hari Guru 2004

MEMOTONG HARI GURU 2004: EN SAID MUSA, EN MOHAMAD JAFAR IBRAHIM, PN HJH FATIMAH SULAIMAN, DAN PN HJH ZUBAIDAH ABDULLAH....SEPAKAT MENAMBAH BERKAT.

Persembahan murid-murid Tahun 5 sebagai mengenang jasa guru mereka yang mereka cintai.

 

Warga didik SKBR menonton telatah guru-guru kesayangan mereka......Kalau selama ini mereka diminta menyampaikan persembahan maka bersempena dengan Hari Guru 2004 yang bertemakan Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan, turut rasa terhibur dan gembira.