Make your own free website on Tripod.com
HARI PATRIOTIK
Pada hari Isnin, 2 Ogos 2004 Jawatankuasa Sambutan Hari Patriotik telah mengadakan majlis perasmian Hari Patriotik di Dataran SKBR. Untuk itu pihak Jawatankuasa telah menjemput Tn Hj Baharuddin b. Rahmat, Ketua Kampung Bukit Raya sebagai perasmi Majlis Pelancaran Hari Patriotik pada tahun ini. Turut dijemput Tn Hj Hisham b. Baba, selaku Yang Dipertua PIBG, dan En Mohd Lazim b. Mahat, Naib Yang Dipertua PIBG.

Dalam ucapannya Tn Hj Baharuddin Rahmat, beliau mengingatkan murid-murid tentang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara dan Pasukan Keselamatan iaitu Polis dan Tentera. Beliau menyatakan sangat jauh bezanya keadaan zaman dahulu berbanding dengan zaman sekarang. Ilmu dan pengetahuan merupakan kunci kesenangan di masa hadapan. Murid-murid seharusnya bersyukur kerana mempunyai kemudahan-kemudahan yang lebih menyenangkan berbanding dengan zaman selepas merdeka dahulu.

Berbagai persembahan daripada murid-murid telah diadakan seperti menyanyikan lagu-lagu patriotik dan mendeklamasikan sajak.

  

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

DUDUK DARI KIRI :EN MOHD LAZIM B. MAHAT, TN HJ HISHAM B. BABA, TN HJ BAHARUDDIN B. RAHMAT, PN MARIANAH BT MOHD YUSUF, DAN PN HJH ZUBAIDAH BT ABDULLAH.

BERDIRI DARI KIRI: EN SAID B. MUSA, EN HALIDON B. SAMSURI, DAN PN HJH FATIMAH BT SULAIMAN

TN HJ BAHARUDDIN RAHMAT, KETUA KAMPUNG BUKIT RAYA SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN PADA MAJLIS PELANCARAN HARI PATRIOTIK 2004.

PN MARIANAH BT MOHD YUSUF, GURU BESAR SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUANNYA.

PN MARIANAH BT MOHD YUSUF, GURU BESAR MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA TN HJ BAHARUDDIN RAHMAT.

TN HJ HISHAM BABA, YDP PIBG JUGA MENERIMA CENDERAHATI DARIPADA GURU BESAR.

TN HJ BAHARUDDIN B RAHMAT, KETUA KAMPUNG BUKIT RAYA SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN KEPADA WARGA DIDIK SKBR.

MURID-MURID BERLUMBA-LUMBA MENGHULURKAN DERMA SEMPENA PELANCARAN HARI PATRIOTIK.

KELAS 4 KENANGA SEDANG MENYANYIKAN LAGU PATRIOTIK.

KELAS 5 CEMPAKA YANG DIKETUAI OLEH FIKRI DENGAN PERSEMBAHAN LAGU PATRIOTIK

UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA TN HJ BAHARUDDIN B. RAHMAT DAN TETAMU - TETAMU YANG SUDI HADIR PADA MAJLIS PELANCARAN HARI PATRIOTIK 2004.

TERIMA KASIH.

JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.

KELAS 5 RAYA DENGAN BERSEMANGAT MENYAMPAIKAN LAGU PATRIOTIK.

MOHD ASRAF AZIZ SEDANG MENDEKLAMASIKAN SAJAK BERTAJUK 'TANAH AIR KU'