Make your own free website on Tripod.com

KEGIATAN KOKURIKULUM

 

Pada 25 dan 26 Oktober 2002 lalu telah diadakan satu Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah di Kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya. Selama dua hari satu malam, seramai 83 orang warga didik SKBR yang terdiri daripada murid-murid Tahun 4,5, dan 6 telah ikut serta. Mereka terdiri daripada Ahli-ahli Pasukan Pengakap, PBSM, dan PPIM.

Pn Hjh Fatimah bt Sulaiman selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah turut sama mempastikan perkhemahan tersebut berjalan dengan lancar.

Ustaz Faizol bin Hj Badrol telah dilantik sebagai Kem Komandan dengan dibantu oleh Cik Juliah bt Abdul Rahman telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan jayanya.

Pelbagai acara telah disusun sepanjang perkhemahan itu. Antaranya adalah bangun awal pagi kira-kira jam 1.30 pagi untuk aktiviti "Burung Hantu." Murid-murid diletakkan berseorangan di tempat-tempat tertentu. Kemudian mereka akan didatangi oleh 'makhluk' yang menakutkan mereka. Ada di antara mereka yang menjerit ketakutan bila mereka didatangi oleh makhluk yang tidak diundang itu. Motif aktiviti ini adalah untuk menimbulkan sifat keberanian di kalangan para peserta menghadapi suasana-suasana yang mencemaskan mereka.

Lain-lain aktiviti seperti acara persembahan Malam Bakat, BBQ, Mencari Harta, dan ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Abang Chik. Murid-murid juga diajar menepati masa dan mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah serta kuliah subuh.

Upacara penutup telah dilakukan oleh En Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SKBR pada petang Sabtu di samping menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan dalam perkhemahan tersebut. Turut hadir En Said b. Musa,GPK I, En Halidon b. Samsuri,GPK HEM, dan Pn Hjh Fatimah bt. Sulaiman,GPK Koko. Juga hadir En Rahmat, AJK PIBG.

 

Tentu ada yang menarik perhatian mereka ...hinggakan Ust. Faizol ikut sama menoleh ke arahnya.

Pn Hjh Fatimah turut mempastikan peserta perkhemahan dapat memasang khemah dengan betul. Hujan lebat dan angin kencang telah bertiup sebaik sahaja khemah selesai dipasang.

Jurutera muda .... bukan mereka sedang mencari harta di celah-celah paip air.

 "Tu...tidur!"Mengantuk sungguh nampaknya..sempat juga terlelap. Abang Chik sedang menyampaikan ceramah motivasi.

Terima kasih dan syabas kepada semua warga pendidik SKBR di atas kejayaan anda mengendalikan perkhemahan pada tahun ini.

Para peserta perkhemahan menghadapi hidangan kopi panas sebelum masuk ke khemah masing-masing untuk tidur.

MINGGU PERMAINAN
Minggu permainan telah diadakan pada 28 - 31 Oktober 2002 dan penyampaian hadiah pada hari Jumaat, 1 November 2002. Minggu permainan diadakan bertujuan untuk murid-murid menunjukkan bakat terpendam yang selama ini tersimpan tidak digilap. Dengan adanya minggu permainan ini dapatlah dikenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diketengahkan pada tahun hadapan dalam pertandingan-pertandingan sama ada di peringkat zon, daerah, atau negeri. Tidak juga mustahil di peringkat nasional.

Hanya tiga jenis permainan sahaja yang dipertandingkan, iaitu bolasepak, bola jaring, dan ping pong. Setiap peserta yang mengambil bahagian adalah mewakili Rumah-rumah Sukan dan pelajar di Tahap Dua sahaja. Waktu permainan diperuntukkan dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 

Acara akhir ping pong perseorangan perempuan antara Bendahara dengan Syahbandar. Pn Maimunah dan Cik Hariati menjadi pengadil.

Acara akhir ping pong bergu lelaki antara Laksamana dengan Bendahara. En Mamood memerhati di belakang.

Pasukan Temenggong(biru-berdiri) bergambar kenangan dengan Pasukan Bendahara (merah-duduk) sebelum perlawanan akhir acara bolasepak. Pasukan Temenggong telah menang dengan tendangan penalti 4-3

Acara penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang minggu sukan 2002: Johan bolasepak Rumah Temenggong menerima hadiah daripada Pn Hjh Fatimah, GPK Koko. Di kanan beliau, Cik Faizah dan En Abd Aziz, Setiausaha Sukan.

Johan bola jaring, Rumah Bendahara menerima hadiah daripada Pn Hjh Fatimah.

 

SYABAS  KEPADA YANG MENANG!

KALAH MENANG ADAT PERMAINAN.

Pasukan bola jaring Temenggong dan Syahbandar bergambar kenangan bersama jurulatih mereka: Dari kiri-Cik Juliah, Cik Haslinda (berkaca mata hitam), dan Pn Nor Ashikin (Dua dari kanan)

 PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHUN 2003

 Perkhemahan Kokurikulum pada tahun 2003 telah diadakan di kawasan sekolah pada 26 dan 27 September, 2003 lalu. Sasaran adalah murid-murid tahun 4,5, dan 6 lelaki dan perempuan. Murid-murid tidur di dalam khemah yang disedikan oleh pihak sekolah dan ada juga yang dibawa sendiri oleh mereka. Setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 sahaja untuk makan dan minum selama dua hari satu malam itu. Di samping itu sumber perbelanjaan datang daripada Unit Koko dan sumbangan PIBG.

Taklimat perkhemahan disampaikan oleh Cik Juliah, Kem Komandan sebelum murid-murid memasang khemah. Para peserta sedang menikmati minum petang. Acara persembahan pada malam persembahan.

Para hakim yang diketuai Tn Hj Rahmat (suami Pn Hjh Fatimah, PK Koko) sedang menghakimi persembahan para peserta. Para Peserta sedang mengemaskan khemah dan barang-barang. En Hisham Baba,YDP sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DAN DIDIK SKBR YANG TELAH MENJAYAKAN PERKHEMAHAN PADA TAHUN INI. SEMOGA KOMITMEN DAN KERJASAMA YANG PADU DAPAT DITERUSKAN PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

DARIPADA:

EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM

GURU BESAR

SK BUKIT RAYA

 
  YDP menyampaikan hadiah kepada pemenang.  
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Telah diadakan pada hari Jumaat, 13.02.2004.

Berikut keputusan pertandingan tersebut mengikut Kategori:
Tahun 5 & 6

Perempuan:

1. GLORIA GOLD A/P KALSELVAN - 6R

2. NORNABILA BT ARIF-5K

3. NOR AZURA BT JOHARI -6K

4. NURUL AIDA BT YUMANG - 5K

5. DAYANG HAMDIAH BT ABANG SAIFULLIZAN - 6R

6. NURUL NADIA BT AZHARI - 5K

7. SITI SHAZARAH BT NORDIN - 6R

8. NOR ATIKAH BT SURATMAN-6R

9. MARIANA BT MAKMUR-6R

10. MADZRURAH BT MOHD SHAHIDI-6R

11. SHAZLEEN BT SHAZIMI - 6R

12. SITI NORHAJRAH BT ABDUL AZIZ - 6C

13. DEWI TAMARLINA BT MARDIUS - 5R

14. NOR AMELIA SHIRA BT IBRAHIM - 6K

15. NOR DIANA BT YAACOB - 6C

LELAKI: 

1. ABDUL RASHID B. MURSHID 5C
2. MOHD HAMZAH B. ISMAIL 6C
3. HENDRI B. ERMAN 6K
4. IBRAHIM B. OMAR 5K
5. MOHD AMIERUL B. HELMI 6K
6. MOHD IMAN ZHARFAN B. AZAM 5C
7. AHMAD ZAIDI B. ZULKIFLI 6C
8. MOHD FAZRIN B. SAFRI 6C
9. AMIR ASHRAF B. ABD RAHMAN 6K
10. MOHD RAZIF B. ABD RAZAK 6K
11. DESRIZAL B. ALI AMRAN 6R
12. IZZURNNURAIN B. ALI 5R
13. NAZRIL SHAH B. ISMAIL 6R
14. KISHEEN RAO A/L BUDDATNAGASAYRAO 5K
15. MOHD FAIZ B. ABD GHANI 5K

 

PEREMPUAN: TAHUN 3 & 4
1. NORATIKAH BT ANUAR 4C
2. NANDINI A/P TAMILSELVAM 3C
3. WAN ATIKAH BT WAN SYARMIZI 3C
4. SITI NORHASANAH BT AHMAD RAHIM 4K
5. VILLASHINIEE A/P TAMILSELVAM 4K
6. NUR NADIRA BT ABD KADIR 3K
7. DHARSHINEE A/P BUDDATNAGIASAYRAO 4K
8. NURUL JANNAH BT ZULKIFLI 4K
9. ALIA NAZIRAH BT AZMAN 3R
10. UMI FARIDA BT ZULKIBLI 4R
11. SYAHIRA BT AZHARI 4C
12. LAILATUL QADARIAH BT ABD RAHIM 4K
13. NORHAIDA FAZIRA BT RAMILUS 4R
14. NORAINI BT TARMIMI 4C
15. QISTINA RACHEL BT ALI 4K
LELAKI: TAHUN 3 & 4
1. MOHD SYUKRI B. ABDUL JALIL 4K
2. MOHD SYAFIQ ASHRAF B. MOHD SHAM 4R
3. MOHD ROBI B. ZULKARNAEN 4C
4. AHMAD HENDRA B. ERMAN 3K
5. MOHD ZULFAUZI B. ALI AMRAN 3C
6. KHALIL B. ABD RAZAK 4R
7. AIMAN SYIMIR B. ARUDIN 4K
8. AIMER HAZIQ B HELMI 4K
9. MOHD SYAKIR B. ABD AZIZ 3R
10. MOHD FIAK GARIL B. GUSNADI 4C
11. SAYYID IQBAL B. ABD AZIZ 4K
12. MOHD AZRAN B. RIDZUAN 3R
13. MOHD NORHAFIZI B. JAMALUDIN 4C
14. AMIR PUTERA B. ABD RAHMAN 4R
15. MOHD NADZMI B. MOHD RASID 4K
PEREMPUAN: 1 & 2
1. NORSYAFIQAH BT SYAZLAN 2R
2. NURUL SARAH BT FAZILAN 1R
3. FIFI WAL ZARIAH BT ALI AMRAN 1C
4. PAVITRA A/L PARAMASIVAM 2R
5. MASLINA BT AZHARI 2R
6. NORNIZATUL ALIAH BT AZLI 2R
7. MRSIDA BT TAIFUL KAHA 2R
8. NOR AQILA BT HASAN BASRI 1C
9. FATIHAH BT FIRDAUS 2C
10. NURUL WAHIDA BT NORZAIDI 1R
11. LOSHINI A/P SIVANESAM 1C
12. YUGASHINI A/P PARAMASIVAM 1C
13. YUSRAWILDA BT DAMILUS 1R
14. NOR HIDAYAH BT YUSNI 2C
15. NORNAJIHAH BT TARMIZI 1C

LELAKI: 1 & 2

1. MIOR IZUDDIN B. MIOR OSMAN 2C
2. AZHAR B. ARIF 2R
3. M. SHAZWAN B. HAMDAN 2C
4. DANIAL ABD RAHIM B. F. MUKHLIS 1C
5. MOHD ISWANDI B. MANAP 1R
6. AHMAD FIKRI B. SAAD 1R
7. AHMAD HAFIZI B. IDRIS 1R
8. IZAD NASRI B. NAZRI 1R
9. MOHD AMIRUL HAIKAL B. NOR AZIZI 2C
10. NASHRUDIN B. NOR ZAIDI 2R
11. MOHD FARID ISKANDAR B. ZULKIFLI 1C
12. AMIR KHUSAIRI B. ZULKARNAEN 1C
13. AHMAD FAIDH B. TABRI 2C
14. MOHD ANUAR B. YUSA 2R
15. M. SHAMIRUL AIKMAL B. SYAM 2R