WARNA: 1. HIJAU : melambangkan warga SKBR yang mencintai dan mengutamakan kebersihan, keindahan, dan kehijauan alam semulajadi. 2. MERAH : melambangkan warga SKBR sentiasa cekal dan mengharumkan nama baik sekolah. 3. KUNING : melambangkan warga SKBR mengutamakan perpaduan yang jitu untuk kemajuan dan pembangunan sekolah. LAMBANG: 1. LIMA BULATAN: Melambangkan aktiviti kokurikulum sekolah yang akan melahirkan warga SKBR yang mempunyai daya juang dan semangat kesukanan yang tinggi dalam apa juga bidang kokurikulum yang diceburi. 2. BUNGA RAYA: Melambangkan bunga yang menjadi sebutan dan kebanggaan negara kita, diharapkan suatu masa nanti nama SKBR menjadi terkenal seperti bunga raya ini. 3. BUKU DAN PEN: Melambangkan kurikulum sekolah yang akan melahirkan warga SKBR yang berilmu pengetahuan yang luas, berketrampilan dalam apa juga bidang ilmu yang dipelajari. 4. DUA ANAK PANAH: Melambangkan dua gabungan dari para guru dan ibu bapa yang bermatlamatkan untuk melahirkan warga SKBR yang berakhlak mulia, berilmu dan berwawasan. Ciptaan: En Halidon b. Samsuri |