Make your own free website on Tripod.com
PELAN LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAYA

 

Sekolah Kebangsaan Bukit Raya terletak di tepi Jalan Hulu Langat di Batu 10, Kampung Bukit Raya kira-kira sebatu dari Pekan Batu 9, Cheras, Selangor. Sekolah ini mengandungi dua buah blok tiga tingkat yang mengandungi 16 buah kelas pada Sesi Persekolahan 2003. Terdapat sebuah bangunan tambahan untuk Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid SKBR berjumlah 548 orang termasuk 27 orang murid Kelas Pendidikan Khas.

Jika anda ingin ke sekolah ini anda boleh melalui Pekan Batu 9, Cheras. Bila anda sampai di hadapan Balai Polis Batu 9, Cheras, anda berjumpa dengan lampu isyarat bersimpang tiga. Jika anda datang dari arah Kuala Lumpur, anda boleh terus belok ke kiri menuju ke Hulu Langat. Hanya sebatu dari sini, anda akan dapat melihat bangunan sekolah ini di sebelah kiri anda. Jika anda datang dari arah Bandar Kajang pula, anda belok ke kanan menuju ke arah Jalan Hulu Langat itu tadi. Sepanjang perjalanan anda sebatu ke sekolah ini, anda akan dapat terjumpa Pusat Kesihatan Besar Batu 9 Cheras di sebelah kiri anda, warung dan kedai makan di kiri kanan jalan hinggalah anda ternampak SKBR di sebelah kiri anda.

SELAMAT DATANG KE SKBR, SEMOGA ANDA DILIMPAHI RAHMAT ALLAH S.W.T.