Make your own free website on Tripod.com
SAMBUTAN PERAYAAN-PERAYAAN PERINGKAT SEKOLAH

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1424

Pada 18 Muharram 1424 bersamaan 21 Mac 2003, Jumaat telah diadakan sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan SKBR. Tema sambutan adalah "Bersama Hayati Keindahan Islam" sebagaimana tema yang sama di peringkat kebangsaan. Sambutan diisi dengan pelbagai aturcara yang telah disusunatur oleh Panitia Pendidikan Islam dan Moral yang diketuai oleh Ustazah Fuziah bt Mohd Nor. Antaranya ialah ceramah oleh Ustaz Mohd Shahir b. Ismail yang dijemput khas dari SMK SAAS, Kajang. Persembahan nasyid oleh Pasukan Nasyid SKBR yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Zon Cheras pada tahun ini. Yang lain-lain pula adalah pertandingan:
  1. Mewarna Tulisan Khat Tahun 1,2,3 dan Pendidikan Khas
  2. Menulis Tulisan Khat Tahun 2 dan 4
  3. Mengisi Teka Silangkata Tahun 5 dan 6
  4. Mewarna Moral Tahap 1
  5. Kuiz Bertulis Moral Tahap 2

 

1 - En Mohd Jafar Ibrahim,Guru Besar sedang menyampaian ucapan alu-aluan

2 - Ust Shahir b. Ismail penceramah  jemputan sedang menyampaikan ceramahnya. 3 - Guru Besar dan para guru SKBR turut sama mendengar syarahan sempena hijrah 1424.

1

2

3

 

4

4 - Pasukan Nasyid SKBR yang diketuai oleh Nurul Fatihah M. Roli menyanyikan lagu-lagu nasyid.

5

5 & 6  - Murid-murid SKBR tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Shahir.

6

5 & 6  - Murid-murid SKBR tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Shahir.

MAULIDUR RASUL S.A.W.

Pada 21 Jun 2002 telah diadakan sambutan memperingati Maulidur Rasul S.A.W. Para guru dan murid SKBR telah berkumpul di padang sekolah untuk berarak sambil bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan membawa sepanduk berbagai kata-kata hikmah menandakan sambutan tersebut. Antaranya 'Nabi Muhammad Aspirasi Hidup Kami,' dan berbagai-bagai lagi.Perarakan mengelilingi padang sekolah dan seterusnya turun ke dataran perhimpunan. Ustaz Hasnul Hadi telah mengepalai salawat atas Nabi S.A.W. Turut mengiringi beliau adalah En Mohd Rasul, GPK I serta guru-guru lain.

Pihak panitia Agama Islam telah menjemput YM Ustaz Mokhtar Ramli dari Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) untuk menyampaikan ceramah tentang Sirah Nabawi.

Para pelajar pula telah mempersembahkan alunan lagu-lagu nasyid yang merdu. Antaranya Kumpulan Nur Cempaka yang diketuai oleh Norliyana bt Abdullah dari 6 Cempaka. Sementara murid-murid Tahap 1 juga tidak mahu ketinggalan untuk mengkumandangkan lagu nasyid, iaitu Kumpulan Nasyid dari 3 Cempaka yang diketuai oleh Atiqah bt Ramli.

Acara diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh penceramah jemputan dan GPK I kepada para pemenang acara-acara yang telah dijalankan sebelum ini.

 

Pelajar-pelajar SKBR dengan sepanduk-sepanduk memuji Rasulullah. Ustaz Hasnul Hadi mengetuai salawat Nabi di samping En Rasul, dan En Izhar. Kumpulan nasyid 3 Cempaka yang divokaliskan oleh Atiqah bt Ramli.
Kiri: Kumpulan Nasyid Nur Cempaka yang diketuai oleh Norliyana bt Abdullah.

Tengah: Penceramah jemputan, Ustaz Mokhtar Ramli diberi penghormatan menyampaikan hadiah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.

Sambutan di peringkat sekolah telah diadakan pada hari Rabu, 28 Mei 2003 lalu. Panatia Pendidikan Islam telah menjemput Ustaz Mohd Zam Zam b. Mohd Basrah sebagai penceramah jemputan. Beliau yang sedang belajar di salah sebuah universiti di Iraq bercuti kerana keadaan perang di negara tersebut.

Pn Hjh Zubaidah sedang memeriksa perbarisan warga didik sebelum perarakan dimulakan

Warga didik SKBR begitu ceria dengan sepanduk masing-masing.

Warga didik SKBR begitu ceria dengan sepanduk masing-masing.

Warga didik SKBR begitu ceria dengan sepanduk masing-masing

Ustaz Faizol mengacarakan majlis sambutan tersebut.

Warga didik SKBR berarak sambil berselawat

Guru Besar mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul s.a.w.

Ust Fuziah mengatur warga didik sebelum perarakan dimulakan.

Pn Rohaya dan Cik Juliana bergambar di hadapan kelas Tahun 4 Raya

Ust Mohd Zam Zam Mohd Basrah - penceramah jemputan khas

Para murid duduk di dataran untuk mendengar ceramah

Us Zam Zam menerima cenderamata

Pasukan Nasyid Tahun 6 C yang diketuai oleh Nurul Fatihah

Pasukan Nasyid Tahun 5

Pasukan Nasyid Tahun 6 R

Pasukan Nasyid 4

Pasukan Nasyid Lelaki Tahun 6 C yang diketuai oleh Mohd Afiq

Us Zam Zam bertanya nama salah seorang anak yatim

SAMBUTAN KEMERDEKAAN  PERINGKAT SEKOLAH 2003
KEMERIAHAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-46 PERINGKAT SEKOLAH SKBR PADA 18 OGOS 2003 DENGAN DIHADIRI OLEH EN SULAIMAN HJ KAMARI, PENGHULU MUKIM HULU LANGAT TELAH MENAMBAH SERI MAJLIS SAMBUTAN DAN PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2003
Pada 22 Oktober 2003 telah berlangsung sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah dengan pelbagai aturcara yang telah disusun oleh Jawatankuasa Sambutan yang dipengerusikan oleh Pn Hjh Zubaidah bt Abdullah, PK HEM. Tema Hari Kanak-kanak Sedunia " Hayati Dan Lindungilah Hak Kami."

Murid-murid berhimpun untuk mendengar taklimat sebelum acara-acara yang telah disusun dijalankan.

Acara untuk murid-murid Pendidikan Khas - bowling. Acara pecah belon.

Acara berjalan menggunakan batu-bata.

Murid-murid beratur mengambil makanan yang ditaja oleh pengusaha kantin sekolah. Pn Rohaya dan Cik Norhashidah mengagih-agihkan makanan tersebut En Jafar menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pemenang acara sukaneka.
SAMBUTAN MAULIDURASUL S.A.W. 2004/1425

Pada 25 Mei 2004 sehari sebelum Cuti Pertengahan Tahun, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan sambutan Maulidurasul S.A.W. di perkarangan dataran sekolah. Murid-murid bukan Islam yang mengikuti Pendidikan Moral juga disediakan dengan aktiviti khusus untuk mereka.

Pihak panitia telah menjemput Ustaz Zabaruddin Mat Jadi dari SK Ampang Campuran untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Maulidurasul S.A.W.

Pada tahun ini pihak panitia tidak mengadakan perarakan seperti tahun-tahun lepas. Aktiviti dan pertandingan seperti menulis khat, dan nasyid telah diadakan secara individu dan pasukan.

 

Ustaz Zabaruddin Mat Jadi sedang menyampaikan ceramah.

En Mohamad Jafar Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Ketua Pasukan Nasyid dari Kelas 5C, Shahrul Eizman Zulrahman.

Pasukan Nasyid Tahun 5 Cempaka yang menjadi johan sedang menyampaikan persembahan lagu-lagu nasyid.

Warga didik SKBR dari Tahap 2 sedang menjalankan pertandingan khat.

Warga didik SKBR sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Zabaruddin.

TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZABARUDDDIN MAT JADI DARI SK AMPANG CAMPURAN KERANA SUDI MENERIMA JEMPUTAN PADA TAHUN INI.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2004

Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan pada 18.08.2004 bagi peringkat sekolah. Sambutan diadakan sehingga 16.09.2004 sebagaimana di peringkat kebangsaan.

Jalur Gemilang...Pn Marianah bersama guru-guru dan murid-murid mengibarkan bendera tanda kemerdekaan negara kekal selamanya.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Syafiq (4 Kenanga) sebagai pemenang hadiah melukis jalur gemilang.

Warga didik SKBR menyanyi sambil mengibarkan jalur gemilang.

Murid-murid Pendidikan Khas turut sama mengibarkan jalur gemilang. En Halidon bersama-sama di sebelah belakang.