PIAGAM

Kami warga Sekolah Kebangsaan Bukit Raya dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan berusaha sepenuh tenaga untuk:

Mendorong murid-murid ke arah perkembangan intelek yang dinamis dan mencapai kecemerlangan akademik.

Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas 3M di akhir tahun 6 persekolahan.

Menjadikan sekolah sebagai satu institusi pendidikan yang unggul, budaya penyayang dan kerja yang cemerlang.

Mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, ceria dan kondusif berasaskan Sekolah Dalam Taman dan menyediakan kemudahan-kemudahan fizikal yang lengkap.

Melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

Memastikan 100% penglibatan murid Tahap II dalam kokurikulum.

Berazam untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar dan pihak luar.