CARTA ORGANISASI PENASIHAT PN MARIANAH BT MOHD YUSUF GURU BESAR
PENGERUSI
EN SAID B. MUSA GPK KURIKULUM PENYELARAS EN RAMLAN BIN SALIM PENYELARAS
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Falsafah Pendidikan Khas meliputi semua aspek pendidikan yang menyediakan perkembangan optima bagi kanak-kanak dengan keperluan - keperluan pendidikan khas agar mereka dapat berfungsi sebagai individu-individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, boleh mengurus kehidupan sendiri, dapat menyedari potensi diri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MISI Memberi pendidikan yang seimbang kepada murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
VISI Memberi perkhidmatan yang seimbang kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sewajarnya dengan hasrat Falsafah Pendidikan Khas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Difinisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan berikut:- a) kebolehan kognetif b) tingkahlaku sosial/ perkembangan sosial c) penguasaan bahasa lisan/ pertuturan d) penguasaan membaca e) kemahiran perkembangan (developmental skills) f) kemahiran matematik Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenal pasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ialah: A. Ciri-ciri Fizikal: Bentuk badan, berat badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding kanak-kanak biasa. B. Ciri-ciri intelek: Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang generalisasi, kemahiran bahasa, kebolehan dalam bidang pemgamatan pengkongsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. C Ciri-ciri sosial dan peribadi: * Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. * Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. * Sikap dan nilau sosial mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. * Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KATEGORI MURID-MURID KKBP DAN AGIHAN KELAS A. BERMASALAH FIZIKAL: 1. NIZAMUDDIN B. MAHUDDIN B. DOWN SYNDROMME 1. NOOR SALASIAH BT ABD KHALID 2. NUR MARLIA SYAFIKA BT ABDUL LATIF C. SLOW LEARNER 1. ALLIF B. NAHARUDDIN 2. ANIS AMIRA BT ABDUL HAMID 3. AZZALINA BT RAHMAT 4. EMER HELMI B. JALALUDDIN 5. MOHD KHAIRUL B. MASRI 6. NAJAH NAZIRAH BT ROSLI 7. RAJA SYAMIL AIMAN B. AMIR RASAN 8. ZAKIRAH BT SAMSUDIN 9. ZUHRI ADIB B. ZAINAL ABIDIN 10. MOHAMMAD REDZUAN B. MOHD RAZIF 11. MOHAMMAD AMIERUL FITRIE B. AZIZ 12. NURUL ATIKAH BT MOHD NAZRI
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MAJLIS UCAP TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kem PGA, Cheras - Khamis, 24 Oktober 2002, satu Majlis Ucap Terima Kasih dan Penghargaan telah diadakan di Unit Berkuda PDRM, Kem PGA, Cheras. Majlis itu diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada unit tersebut yang telah membenarkan pelajar-pelajar Pendidikan Khas SKBR menjalani riadah menunggang kuda sebanyak dua kali dalam sebulan. Sebelum majlis ucapan dan jamuan dijalankan pelajar-pelajar dan guru telah diberi peluang menunggang kuda sebagaimana biasa. Semua pelajar kelihatan begitu gembira dengan aktiviti tersebut. En Said bin Musa, GPK I yang mewakili Guru Besar telah juga diberi kesempatan untuk menunggang kuda. Dalam ucapan alu-aluannya, Sarjan Hamzah Ketua Unit Berkuda telah menyatakan kesanggupan unit berkenaan untuk meneruskan aktiviti tersebut jika pihak atasan tiada halangan. Aktiviti menunggang kuda bagi pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan satu rawatan terapi yang dapat membantu kecergasan fizikal dan keyakinan diri kepada mereka. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pn Wan Maziah bt Wan Muhamad, Penyelaras Kelas Pendidikan Khas, Pn Rasidah bt Ismail, Pn Rosnah bt Othman, dan En Noor Azmi b. Abdul Rahman. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Unit Berkuda PDRM yang diterima oleh Sarjan Hamzah dan jamuan ringan yang disediakan oleh guru-guru Kelas Pendidikan Khas. |