PROJEK PRIHATIN TAHUN 6
 

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2003 - SABTU, 12 OKTOBER 2002 JAM 3.00 PTG DI BILIK KOKO SKBR: Seramai 30 orang ibu bapa pelajar (45%) Tahun 5 telah hadir bagi mendengar taklimat tentang Kertas-kertas UPSR yang akan  diduduki  mereka pada tahun hadapan. Guru Besar dan semua GPK turut hadir pada majlis tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh En Izhar (BM), En Mohd Bazir (BI), Cik Suhaida (M3), Pn Ruzita dan Pn Maimunah (Sains). Juga hadir En Azhar SU Program.

Ibu bapa yang hadir telah menyatakan persetujuan sebulat suara tentang rancangan sekolah untuk membantu murid-murid Tahun 6 tahun hadapan dalam mempersiapkan diri  mereka untuk menghadapi UPSR. Program yang dikenali sebagai Projek Prihatin Tahun 6 akan dimulakan pada bulan Februari 2003.

Selain daripada Kelas Tambahan yang dikenakan bayaran sebanyak RM15.00 seorang sebulan, pelajar-pelajar juga dikenakan bayaran pakej projek sebanyak RM60.00. Program yang telah disusun rapi adalah Teknik Menjawab Soalan (Mac),Tunas Bistari (Mac), Pemantapan Diri (Mei), Latihtubi intensif (Ogos), dan diakhiri dengan Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Restu (Ogos). Anggaran perbelanjaan projek adalah RM4020.00. Semoga cita-cita murni ini dimakbulkan Allah!

 

Ibu bapa yang hadir pada perjumpaan tersebut.

En Jafar sedang berucap mengalu-alukan kehadiran ibu bapa

Pn Ruzita menyampaikan taklimat mengenai kertas sains

En Said, GPK I mempengerusikan perjumpaan dan perbincangan tersebut.

Kelihatan En Bazir menyampaikan taklimat mengenai kertas Bahasa Inggeris

En Izhar (dua dari kiri) menerangkan tentang kertas Bahasa Melayu Kertas 1 & 2

Ada sesuatu yang diperkatakan oleh En Jafar sehingga En Said begitu tekun mendengarnya

PROGRAM PEMANTAPAN DIRI
Program Pemantapan Diri telah diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu, 11 - 12 April 2003 lalu. Pada tahun ini pihak sekolah telah mendapat kerjasama daripada Maktab Perguruan Islam, Bandar Baru Bangi. Seramai 10 orang guru pelatih yang diketuai oleh Encik Halidon Samsuri telah bersama-sama peserta yang terdiri daripada bakal-bakal calon UPSR pada tahun ini bermalam di sekolah selama dua hari satu malam. Jadual PPD telah disusun sebegitu rupa yang padat dengan berbagai program seperti ceramah motivasi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), riadah, recall, ice-breaking dan sebagainya.   
GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH DIABADIKAN

En Ku Arshad Ku Abdullah selaku Kem Komandan sedang memberi taklimat kepada para peserta PPD. Berdiri di sebelah beliau ialah En Halidon Samsuri. Penceramah jemputan khas sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada para peserta di Dewan Kokurikulum SKBR. Peserta perempuan sedang tekun mendengar ceramah motivasi. Sebahagian lagi para peserta yang terdiri daripada murid-murid Tahun 6.

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIBG SKBR, KHUSUSNYA EN HISHAM BABA, YDP DAN PN ROHANI ISHAK, AJK PIBG YANG TELAH BERMURAH HATI MENANGGUNG SEGALA PERBELANJAAN MAKAN DAN MINUM PARA PESERTA PPD SERAMAI 65 ORANG SELAMA 2 HARI 1 MALAM. DAN UCAPAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA PELATIH-PELATIH MPI DAN PENCERAMAH MOTIVASI YANG TELAH MENCURAHKAN  BAKTI MURNI DEMI KEJAYAAN CALON-CALON UPSR 2003.

Para peserta sedang mengambil minuman petang daripada guru-guru Jawatankuasa Minuman dan Makanan Murid. Bacaan Ikrar oleh Nurul Fatihah M.Roli pada Majlis Penutup. Dari kanan: En Said Musa, En Hisham Baba, En Mohamad Jafar dan En Halidon.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR  2003

Teknik Menjawab Soalan UPSR  dijalankan bagi tujuan menambah pengetahuan murid-murid menjawab soalan-soalan UPSR pada tahun ini. Seramai empat orang guru pakar mata pelajaran-mata pelajaran telah dijemput khas untuk membentangkan kepada murid-murid cara menjawab soalan UPSR. Dengan pendedahan itu nanti murid-murid akan dapat menjawab soalan-soalan UPSR dengan jayanya dan menepati kehendak LPM.  

Saya cikgu,.........!

Ceria........!

Tumpu.......

Menarik......

En Noor Hashim Ismail, GPK I dari SKKP: 2.5.03

Pn Hairunnizah Abd Majid, SKSS: 10.5.03

Pn Hairunnizah Abd Majid, menyampaikan ceramahnya

En Ahmad Pua'ad Ibrahim menerima cenderahati daripada Guru Besar : 30.4.03

Pn Hjh Fatimah Sulaiman, GPK Koko SKBR: 6.5.03

KEM PEMANTAPAN DIRI MURID TAHUN 6 2004

7 & 8 MEI 2004

En Mohamad Jafar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Kem Pemantapan Diri pada tahun ini.

En Rosli dari BTC (penganjur) sedang menyampaikan ceramah motivasi.

Aktiviti LDK sedang dijalankan.

Ceramah Motivasi oleh BTC - En Rosli

Sebahagian murid perempuan yang mengikuti KPD

Tn Hj Hisham Baba, YDP sedang menyampaikan ucapan Perasmian Penutup

Tn Hj Hisham menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik

Bergambar ramai selepas tamat kem.

Guru Besar bergambar kenang-kenangan dengan tenaga motivator BTC.

Tenaga penggerak KPD: Dari kiri - En Azhar, En Halidon, Cik Norshahnizah, Cik Munirah, dan Pn Azlina.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS-KERTAS UPSR 2004

Guru Besar menyampaikan ucapan penghargaan kepada En Ahmad Pu'aad Ibrahim selaku penceramah jemputan untuk kertas sains pada 17.05.2004

En Pu'aad sedang menyampaikan ceramah kaedah menjawab soalan kertas sains.

Sebahagian para pelajar Tahun 6 mendengar penuh khusyuk ceramah yang disampaikan oleh En Pu'aad.

En Sebastian K. Francis, sedang menyampaikan ceramah kaedah menjawab Kertas B. Inggeris pada 12.05.2004 kepada calon-calon UPSR tahun ini.