SEJARAH SEKOLAH BARU

Mula dibuka pada 4 Januari 1999. Mengandungi 2 blok 3 tingkat dengan murid seramai 250 orang. 19 orang guru, 2 orang kakitangan pejabat.

Mengikut sejarahnya, di tapak sekolah ini telahpun wujud sebuah sekolah pada sekitar tahun 1925 yang diberi nama Sekolah Melayu Bukit Raya (Malay School). Pada waktu itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan papan, padang, dan beberapa buah rumah guru. Pada tahun 1941 sekolah ini ditutup kerana Perang Dunia Kedua meletus. Pada masa itu sebuah kapalterbang Pejuang Jepun telah terhempas di hadapan sekolah itu.

Di sekolah inilah telah lahirnya tokoh pemimpin tempatan iaitu Tan Sri Dato' Aishah bt Ghani. Beliau seorang tokoh Wanita UMNO yang terkenal dan menjadi kebanggaan penduduk mukim Hulu Langat.

Sekolah Kebangsaan Bukit Raya @ nama lamanya Sekolah Melayu Bukit Raya telah ditadbir dan diurus oleh 7 orang Guru Besar sehingga kini iaitu:

   I - En Daud (1925)                            V - En Md Sidek (1935)

  II - En Md Ali (1927)                          VI - En Sulaiman (1938)

 III - En Mohd Nor Jamlus (1930)       VII - Sekolah ditutup (1941) 

 IV - En Md Yasin (1933              VIII - En Mohamad Jafar b. Ibrahim   (1999-2004)

IX - PN MARIANAH BT MOHD YUSUF (1.07.2004 - KINI)

Kini pada tahun 2004 Sekolah Kebangsaan Bukit Raya mempunyai 38 orang guru termasuk 6 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih, dengan 539 (setakat Jun, 2004) orang murid termasuk kelas Pendidikan Khas dan 3 orang kakitangan pejabat di bawah pentadbir:

                   Guru Besar           : Pn Marianah bt Mohd Yusuf

                   GPK Kurikulum     : En Said b. Musa

                   GPK HEM             : Pn Hjh Zubaidah bt Abdullah

                   GPK Kokurikulum : Pn Hjh Fatimah Bt Sulaiman