Make your own free website on Tripod.com
PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Program sekolah selamat adalah satu program yang mesti diwujudkan di setiap sekolah. Oleh itu SKBR turut merancang berbagai program untuk memenuhi hasrat kerajaan ini. PSS ini juga melibatkan pihak berwajib seperti PDRM, Klinik Batu 9, JKKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PIBG dan pihak sekolah sendiri. Untuk tujuan itu satu mesyuarat bersama telah diadakan pada 12.02.2004 lalu.

Di peringkat sekolah Jawatankuasa yang terlibat adalah Jawatankuasa Kebajikan Murid, Jawatankuasa Bimbingan, dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebakaran.

Tidak kurang daripada 10 polisi yang dirancang untuk dilaksanakan dalam PSS ini. Setakat ini Polisi Keselamatan Diri Murid Pergi dan Balik Sekolah yang telah dijalankan. Risalah mengenai telah diedarkan kepada ibu bapa.

Pada 12.03.2004 telah diadakan latihan kebakaran di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kebakaran di kawasan sekolah. Murid ditunjukajar bagaimana turun daripada kelas masing-masing ke tempat yang selamat di luar kawasan sekolah.

Pada 5.04.2004 satu pelancaran Program Sekolah Selamat telah dijalankan oleh En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar SKBR.

 

En Halidon selaku Penyelaras di peringkat sekolah berucap pada Majlis Pelancaran PSS

Kawasan larangan - Tangki Air

Tangga naik ke padang juga kawasan bahaya yang memerlukan warga didik SKBR kena berhati-hati ketika menggunakannya.

LATIHAN KEBAKARAN

Murid-murid berkumpul di kawasan selamat di luar bangunan sekolah

En Ramlan Salim memberi nasihat dan ingatan kepada semua murid

Pn Rohaya membahagi-bahagikan buku kedatangan murid untuk penyemakan