TAHNIAH DAN TERIMA KASIH | ||
Saya
mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan dan kelicinan
perjalanan M.A.T. PIBG SKBR ke-5 dan H.A.K. ke-4 yang telah diadakan pada
hari Ahad, 23 Februari 2003 lalu.
Semoga kerjasama serta komitmen yang tinggi yang warga pendidik SKBR tunjukkan itu akan diterus dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Buah duku buah langsat Mari dijual si anak Cina SKBR sama-sama dimartabat Menjadi sebutan di seluruh negara. Anak haruan anak sembilang Mari dimasak si anak dara Nama SKBR kita julang Tanda muafakat seluruh warganya. Sekian, terima kasih. Yang benar, EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM GURU BESAR SK BUKIT RAYA Tarikh: 26 Februari 2003 |
||
Terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kelancaran Majlis
Pertandingan Pidato Tahap 2 dan Bercerita Tahap 1 dan 2 pada hari Sabtu, 8
Mac 2003 lalu.
Saya berharap kerjasama dan komitmen warga pendidik SKBR sekalian akan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas, EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM Guru Besar SK Bukit Raya.Tarikh 8 Mac 2003 |
||
Tahniah
di atas kejayaan olahragawan dan olahragawati Pendidikan Khas SKBR dalam
Sukan Mini Peringkat Zon yang telah diadakan pada 27 Februari 2003 di SAAS,
Kajang. Mereka akan mewakili Zon Cheras di Peringkat Daerah pada 17 Mac
2003 di UKM, Bandar Baru Bangi.
Emas - Lompat Jauh:Ilmi Hadhirah bt Samsudin Perak - Lontar Peluru: Noor Salasiah bt Abd Khalid Gangsa - Lompat Jauh: Najah Nadzirah bt Rosli Terima kasih kepada semua guru Pendidikan Khas. |
||
Tahniah
dan Syabas kepada semua Warga Pendidik SKBR di atas kejayaan dan
kelancaran perjalanan Program Pemantapan Diri Tahun 2003 pada hari Jumaat
- Sabtu: 11-12 April,2003 lalu.
Tanpa sokongan dan dokongan tuan/puan sudah tentu segala yang dirancang tidak akan terlaksana dengan sempurna dan jayanya. "Ke Arah Gemilang SKBR 2007" Yang ikhlas, EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM Guru Besar SK Bukit Raya. Tarikh: 14 April 2003 |
||
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Di atas kejayaan pengelolaan Minggu PSS 2003 Khususnya kepada Cik Juliah bt Abdul Rahman, Penyelaras PSS, Ketua-ketua Panatia dan Ahli Jawatankuasa, dan semua guru yang telah memberi sumbangan tenaga, fikiran, dan kewangan (jika ada). Semoga kerjasama dan komitmen kita semua dapat dikekal dan dipertingkatkan lagi untuk program-program yang akan datang. Sekian, terima kasih. Ke Arah Gemilang SKBR 2007 Yang ikhlas, EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM Guru Besar SK Bukit Raya Tarikh: 30 Ogos 2003 |
||