Make your own free website on Tripod.com

 

 

TINTA BEKAS GURU BESAR

EN MOHAMAD JAFAR BIN IBRAHIM

(BERMULA DISEMBER 1998 - 31 JULAI 2004)

Assalamualaikum wm.wb.

Salam Sejahtera,

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan izinnya maka kita bertemu dalam suasana yang baharu dan ceria.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Said bin Musa, Guru Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR) atas inisiatif beliau, laman web sekolah ini dapat dibina dalam tahun ini (2002).

Dengan wujudnya laman web ini, SKBR mula bertapak dan beriringan bersama-sama sekolah-sekolah lain dalam meneroka alam teknologi maklumat dan komunikasi. Penerokaan di alam maya ini merupakan satu keperluan pada masa kini agar segala maklumat, baik yang diterima mahupun yang dihantar, boleh didapati dengan cepat dan berkesan.

Oleh yang demikian, diharapkan segala kemudahan ini digunakan sebaik mungkin khasnya oleh guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat sekitar dalam memartabatkan kecemerlangan sekolah ini. Jangan lepaskan peluang yang telah berada di depan mata ini, gunakanlah untuk sumber rujukan ilmu ataupun sebagai satu cara orang ramai menyampaikan ilmu yang ada pada mereka kepada orang lain. Ilmu yang ada, dikongsi dan dimanfaatkan bersama amat tinggi ganjarannya.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengukuhkan semangat pencarian ilmu baik ilmu dunia ataupun akhirat agar sekolah kita mencapai kecemerlangan dan kegemilangan seperti apa yang terkandung di dalam Misi dan Visi SKBR. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan laman web ini, khasnya Guru Penolong Kanan Kurikulum SKBR, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa, dan murid-murid semua.

Sekian, wassalam.

Daripada dan yang ikhlas,

EN MOHAMAD JAFAR BIN IBRAHIM

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan  Bukit Raya.