Make your own free website on Tripod.com
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
Program Transisi Tahun 1 diadakan khusus untuk murid-murid Tahun 1 yang baru masuk ke Tahun 1. Program ini diadakan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam pendidikan normal berbeza dengan alam persekolahan pra sekolah.

Program akan berjalan selama tiga bulan. Program ini telah dimulakan pada 2.01.2004 lalu serentak dengan Pendaftaran dan Pembayaran Yuran Persekolahan Sesi Tahun 2004. Perasmian program ini telah dijalankan sendiri oleh En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Raya. Sementara taklimat telah disampaikan oleh Cik Fathin Hamammah Akmar Ahmad Anuar selaku Penyelaras Tahun 1 di kantin sekolah.

Cik Juliah berkenalan dengan murid-murid Tahun 1 di surau sekolah sambil diperhatikan oleh Pn Afiza.

Ceria dan riang....Murid-murid Tahun 1 menumpukan perhatian kepada guru yang akan mengajar dan mendidik mereka tahun ini.