TUAN RUMAH

                 PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA TAHAP 1 DAN 2                            PERINGKAT ZON CHERAS

Jabatan Pendidikan Selangor akan mengadakan Karnival Bahasa dari 21 hingga 23 April 2003 di Daerah Kuala Langat. Terlebih dahulu di peringkat daerah akan diadakan pertandingan-pertandingan berpantun, berpidato, dan bercerita. Bagi Daerah Hulu Langat pertandingan-pertandingan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 29 Mac 2003 di SK Saujana Impian bermula jam 8.30 pagi. Peringkat zon-zon pula ditentukan oleh Pengerusi Zon masing-masing. Agak berbeza sedikit bagi pertandingan berpantun, suatu sesi uji bakat akan diadakan pada 26 Februari 2003 di SK Leftenan Adnan, Kajang bermula jam 8.30 pagi. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Hulu Langat pada 28 Januari 2003 di SK Leftenan Adnan yang dipengerusikan oleh Pn Hjh Rapichah bt Hj Lazim.

Bagi Zon Cheras yang dipengerusikan oleh En Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Raya telah menetapkan tarikh pertandingan pidato dan bercerita tahap 1 dan 2 pada hari Sabtu, 8 Mac 2003 jam 8.00 pagi di SK Bukit Raya. Mesyuarat yang telah diadakan pada 7 Februari 2003 telah membentuk dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi melaksanakan pertandingan tersebut. Mesyuarat telah dihadiri seramai 12 orang wakil termasuk tuan rumah dan SJKC Batu 11, Cheras. Mesyuarat juga telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut:

1. Bayaran penyertaan sebanyak RM30.00 sahaja. Semua Sekolah Kebangsaan diwajibkan membayar jumlah tersebut sama ada menyertainya atau tidak. Tujuannya adalah untuk menampung kos menganjurkan pertandingan tersebut. Bagi Sekolah-sekolah Cina adalah digalakkan untuk mengambil bahagian di peringkat zon tetapi tidak boleh mewakili zon jika menang nanti. Perkara ini adalah merupakan salah satu syarat pertandingan yang telah diputuskan di peringkat Panitia Daerah semenjak tahun lepas-hanya Sekolah Kebangsaan sahaja.

2. Tarikh menyerahkan borang dan bayaran penyertaan tersebut adalah pada 21 Februari 2003. Pada hari yang sama akan diadakan Mesyuarat JK Pelaksanaan jam 9.00 pagi di SK Bukit Raya bagi mendengar laporan daripada JK Kecil mengenai persiapan terakhir yang telah dilakukan.

3. Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput Pengerusi PBMDHL, Pn Hjh Rapichah untuk perasmian penutup dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang nanti.

4. Untuk menampung defisit perbelanjaan mesyuarat telah memutuskan untuk memohon sumbangan sebanyak RM15.00 sahaja daripada pihak pengusaha kantin dan kedai buku sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.

5. Hadiah diberi kepada Johan, Naib Johan dan tempat ketiga sahaja. Johan akan mewakili zon ke peringkat daerah. Hadiah berupa piala (emas,perak dan gangsa) dan sijil penyertaan.

6. Hakim terdiri daripada guru-guru yang akan dijemput dari Zon Semenyih. Bilangan mereka seramai 10 orang termasuk seorang ketua hakim. Beliau akan memberi ulasan dan laporan kepada PBMDHL.

JAWATANKUASA INDUK PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH HULU LANGAT

PN HJH SITI ZAHARAH BT AMAN, AMN, PJK

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT/PENAUNG

PN HJH JAMILAH BT JAMAL

PEN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (AKADEMIK)/PENASIHAT 1

PN ZAIMAH BT AHMAD

PENYELIA AKADEMIK/PENASIHAT 2

PN HJH RAPICHAH BT HJ LAZIM

GURU BESAR SKLA/PENGERUSI

   JAWATANKUASA PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA PERINGKAT ZON CHERAS 2003

EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM

GURU BESAR SKBR/PENGERUSI

EN SAID B. MUSA

GPK 1 SKBR/N.PENGERUSI

EN SAHRIL B. SITAM

SETIAUSAHA

CIK SUHAIDA BT ABD RHAPAR

PEN SETIAUSAHA

CIK HASLINDA BT JAMALUDDIN

BENDAHARI

JK PENDAFTARAN

SK BUKIT RAYA

JK PENTAS

SK BUKIT RAYA

JK PERSIAPAN TEMPAT

SK BUKIT RAYA

JK HADIAH & CENDERAMATA

JK BUKIT RAYA

JK JAMUAN

SK BUKIT RAYA

JK SAMBUTAN

SK BUKIT RAYA

JK HAKIM

SK BATU SEMBILAN

JK PENGACARA

SK DUSUN TUA

JK BUKU PROGRAM

SK HUSSEIN ONN (1)

JK SIJIL

SK TAMAN CUEPACS

JK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI

SK SG TEKALI

JK PUBLISITI

SK TAAM

JK SIARAYA

SK SG SERAI

PENGAWAL LALULINTAS

EN HASHIM B. IBRAHIM

PENGAWAL KESELAMATAN SKBR (A.P.I.)

MESYUARAT JK PELAKSANAAN KALI KE-2 PADA HARI JUMAAT, 21.02.2003 JAM 9.00 PAGI DI BALAI WAWASAN, SK BUKIT RAYA. SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH JK PELAKSANAAN DIJEMPUT HADIR.

Sebanyak 9 buah sekolah telah menyatakan persetujuan mereka untuk mengambil bahagian pada Pertandingan Pidato Tahap 2 dan Bercerita Tahap 1 & 2 Peringkat Zon Cheras yang akan diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac 2003 bermula jam 8.30 pagi di Dewan SKBR. Sekolah-sekolah tersebut yang telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan pada 21.02.2003 lalu di Balai Wawasan SKBR yang telah dipengerusikan oleh En Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SKBR:

  1. SK Sungai Lui   2. SK Dusun Tua   3. SK Sungai Tekali   4. SK Tun Abdul Aziz Majid (TAAM)   5. SK Sungai Serai   6. SK Bukit Raya   7. SK Batu Sembilan   8. SK Taman Cuepacs   9. SK Bandar Tun Hussein Onn  

Setiap sekolah yang mengambil bahagian dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja. Sementara sekolah-sekolah yang tidak mengambil bahagian telah dikecualikan daripada bayaran tersebut. Untuk menampung kekurangan perbelanjaan mengurus pertandingan ini maka semua sekolah yang terdapat dalam Zon Cheras ini termasuklah sekolah-sekolah Cina dipohon sumbangan daripada pengusaha kantin sekolah dan pengusaha kedai buku sekolah untuk memberikan sumbangan yang telah ditetapkan pada kadar RM15.00 sahaja. Pada hari mesyuarat tersebut dua buah sekolah telah memberikan sumbangan daripada pihak kantin dan kedai buku sekolah masing-masing, iaitu SK TAAM dan SK Taman Cuepacs.

Semua sekolah yang menjadi JK Pelaksanaan telah dengan rasminya menyanggupi memikul amanah untuk bekerja bagi melicinkan perjalanan pertandingan itu nanti. Aturcara pada hari tersebut adalah seperti di bawah:

                                             8.00 pagi   : Pendaftaran

                                             8.30 pagi   : Taklimat Ketua Hakim

                                             8.45 pagi   : Pertandingan bermula

                                            11.00 pagi  : Majlis Penutupan

                                                                   Ulasan Ketua Hakim

                                                                   Ucapan Penutupan Rasmi oleh

                                                                   En Mohamad Jafar b. Ibrahim,

                                                                   Guru Besar, SK Bukit Raya.

                                            11.30 pagi  : Jamuan

                                                                   Bersurai 

Kepada sekolah-sekolah yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini pintu masih terbuka untuk penyertaan. Bagi peserta-peserta  yang mengambil bahagian akan ditentukan giliran pada pagi hari tersebut. Sila hubungi SKBR melalui telefon no. 03-90757527 atau email: skbktrayacheras@hotmail.com

SELAMAT BERTANDING!

KEPUTUSAN
BERCERITA TAHAP 1 BERCERITA TAHAP 2 PIDATO TAHAP 2

JOHAN : NUR ATHIRA BT ABD MALEK, SK BUKIT RAYA

N.JOHAN : JAMALUDDIN B. SAHLAN, SK LUBOK KELUBI

KE-3 : NORLILI NATASHA BT AZMI, SK TAMAN CUEPACS

JOHAN : MUHD AL-KASYID KHALIFAH B. BAHRIN,SK TAMAN CUEPACS

N.JOHAN : NORSHAHIRA, SK SUNGAI LUI

KE-3 : FATIN NUR AQILAH BT ABD RAHMAN, SK LUBOK KELUBI

JOHAN : SWARANA LHEAHKHA, SK TAMING JAYA

N.JOHAN : NABILA HUDA BT KHAIRUDDIN, SK TAMAN CUEPACS

KE-3 : QISTINA BT HASNAN, SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN

HAKIM-HAKIM
PN SITI KHAJAR BT OTHMAN

PN AINON BT AB HAMID

PN MASUJANAH BT MAINON

  EN SHUHAIMI B. ABDUL RAHMAN

PN MAZINUN BT ZAM ZAM

    

KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON CHERAS TAHUN 2003

SELASA, 1 APRIL 2003 JAM 8.00 PAGI - 5.00 PETANG BERTEMPAT DI PADANG SK BUKIT RAYA, CHERAS.

JAWATANKUASA PELAKSANA

EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM

GURU BESAR / PENGERUSI

PN HJH FATIMAH BT SULAIMAN

GPK KOKURIKULUM/ NAIB PENGERUSI

PN FAIZAH BT TALIB

SETIAUSAHA

CIK FATHIN HAMAMMAH AKMAR BT AHMAD ANUAR

BENDAHARI

JK PERTANDINGAN

SK TUN ABDUL AZIZ MAJID

JK JAMUAN DAN MINUMAN

SK BUKIT RAYA

JK HADIAH, CENDERAMATA & SIJIL

SK BATU 9

JK TEKNIK & PERALATAN

SK BUKIT RAYA

JK SAMBUTAN & JEMPUTAN

 SK TAMAN CUEPACS

JK KEBERSIHAN

SK BUKIT RAYA

JK KESELAMATAN & KECEMASAN

SK LUBOK KELUBI

JK PEGAWAI & PENGADILAN

SK B. TUN HUSSEIN ONN

JK BUKU PROGRAM

SK DESA BAIDURI

JK PUBLISITI

SK DUSUN TUA

 KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON CHERAS 2003

JOHAN : SK SUNGAI LUI NAIB JOHAN : SK TAMAN CUEPACS
KETIGA : SK TAMING JAYA KEEMPAT : SK TUN ABDUL AZIZ MAJID
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN PADA HARI KEJOHANAN

Barisan Pengadil Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Cheras 2003

Pasukan Tuan Rumah, SKBR bergambar bersama-sama Pn Hjh Fatimah, GPK Koko dan jurulatih serta guru-guru.

En Hisham b. Baba, YDP PIBG SK Bukit Raya sedang menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan tersebut. Inilah Pasukan Juara, SK Sg Lui yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut.

Antara senario kejohanan...Ini main bolajaring ke atau ragbi.... Masuk ke tak.....Yes, masuk!.....