Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) ditubuhkan untuk semua guru dan
kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah ini. Setiap warga pendidik
dan kakitangan sekolah ini adalah menjadi ahli BKGK. Untuk menjadi ahli
seseorang itu dikehendaki membayar sebanyak RM20.00 sebagai pendaftaran
ahli dan sumbangan tahunan sebanyak RM50.00 yang boleh dibayar secara
beransur-ansur sebanyak RM5.00 sebulan. Pengerusi BKGK bagi Sesi
Persekolahan Tahun 2004 adalah En Halidon Samsuri, Setiausaha Cik Juliah
Abdul Rahman dan Bendahari Puan Siti Zahara Mohd Nordin. Sementara Ahli
Jawatankuasa adalah:
|
|
|
|
PN
MARIANAH BT MOHD YUSUF - PENASIHAT |
EN
HALIDON SAMSURI - PENGERUSI |
CIK
JULIAH ABDUL RAHAMAN - SETIAUSAHA |
PN
SITI ZAHARA MOHD NORDIN - BENDAHARI |
|
|
|
|
PN
HALIMATUN SAADIAH JOHARI - AJK |
EN
NOOR AZMI MOHD NOR - AJK |
PN
NABILLAH MOHD ROSLI - AJK |
EN
SAHRIL SITAM - AJK |
|
|
|
|
EN RAMLAN SALIM - AJK |
PN
ZAITUN BT BABA - AJK |
|
|
Satu Majlis Jamuan
Perpisahan bagi meraikan guru dan staf sokongan telah diadakan pada
14.03.2004 di kantin sekolah. Mereka yang diraikan adalah Cik
Hariati Hj Idris bertukar ke SK Dusun Tua sejak awal tahun. Pn
Zainab Abu bertukar ke Perak sementara Cik Pawziah bersara awal dan
kini pengusaha kantin di SMK Dusun Nanding. |
Dari kiri : Pn Zainab, Cik Hariati,
Cik Pawziah, Pn Hjh Zubaidah, Pn Hjh Fatimah, En Said, dan En
Halidon. Cik Juliah selaku pengacara majlis. |
Guru-guru mengambil makanan dan
minuman. Cik Hariati kelihatan di sebelah kanan. |
JAMUAN PERPISAHAN UNTUK EN IZHAR
MD ZAID
En Izhar Md Zaid, guru kelas
Tahun 6 Raya telah bertukar ke SK Ampang Campuran mulai 1 Jun 2004.
Sempena sambutan Maulidurasul S.A.W. pada tahun ini, Badan Kebajikan
Guru dan Kakitangan telah mengadakan jamuan perpisahan pada akhir
sambutan itu di kantin sekolah. Pihak sekolah amat merasakan
kehilangan beliau yang sukar dicariganti. Kini beliau bertugas
sebagai Guru Bimbingan di sekolah baru beliau itu. Semoga Cikgu
Izhar berjaya di dalam kerjaya barunya itu.
En Izhar menerima
cenderahati daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan yang telah
disampaikan oleh En Mohamad Jafar Ibrahim, Guru Besar SKBR sambil
diperhatikan oleh Pn Hjh Fatimah dan Hjh Zubaidah (terlindung).
|
MAJLIS
JAMUAN PERPISAHAN EN MOHAMAD JAFAR IBRAHIM
Pada 30 Julai 2004
satu majlis jamuan perpisahan dengan Encik Mohamad Jafar Ibrahim,
Guru Besar yang telah bertukar ke SK Taming Jaya mulai 1 Julai 2004
menggantikan tempat Pn Marianah bt Mohd Yusuf yang kini menjadi Guru
Besar di SK Bukit Raya mulai tarikh yang sama.
En Mohamad Jafar
menerima cenderahati daripada En Halidon, Pengerusi Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBR. |
Tn Hj Hisham Baba,
YDP PIBG turut hadir sama-sama meraikan En Mohamad Jafar serta
anak dan isteri, Pn Ramlah. |
Pn Marianah,
menerima sejambak bunga daripada Pn Rosnah Rashid,
pengusaha kantin sekolah tanda mengalu-alukan kedatangan
beliau ke SKBR. |
MAJLIS KELARAI RINDU
SEMARAK KASIH 2004 |
Pada 30 September 2004, Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBR telah mengadakan Jamuan
Akhir Tahun bertempat di Impian Golf Resort and Country Club
jam 2.00 petang. Majlis
tersebut turut dihadiri oleh Tn Hj Hisham b. Baba, YDP PIBG
sebagai perasmi.
Di samping jamuan makan turut
diadakan penyampaian hadiah-hadiah kepada guru-guru dan
kakitangan SKBR yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada
sekolah pada tahun ini. Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan turut sama menyampaikan
cenderahati kepada semua yang ahli dan turut bersama pada
majlis ini.
Pengusaha kantin, Pn Rosnah bt
Rashid juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati kepada
semua guru dan kakitangan sekolah. |
Bergambar ramai
sebagai tanda kenangan |
Pn Marianah Mohd
Yusuf diapit di sebelah kanan beliau, Pn Hjh Fatimah Sulaiman,
PK Koko dan Pn Jasmah Jalil, isteri PK I. |
BACKDROP |
Dari kanan: Pn
Rosmaini Ibrahim dan anak, Pn Nabillah Mohd Rosli, Cik
Noradilah Che Mohamed, Cik Munirah Mohd Yusoff serta Cik
Norshahnizah Mohamad. |
|
|
|
|
|
En Jafar menyampaikan
ucapan. |
En Izhar selaku Pengerusi BKGK
SKBR menyampaikan ucapan alu-aluan. |
En Halidon menerima hadiah
khidmat cemerlang daripada Guru Besar. |
En Said menerima
hadiah cabutan bertuah daripada En Jafar.
|
Semuanya kelihatan ceria. |
Dari kiri: Ust. Fuziah,En
Bazir,Pn Rasidah,En Izhar, dan Ust. Faizol. |
En Azmi menerima cenderamata
daripada En Said. |
Menjamu selera..... |