CEMERLANG KOKURIKULUM
 

NOR SUHAIDAH BT ABDUL RAHIM

Warga didik SKBR ini telah berjaya mencipta nama di dalam Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Langat di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada tahun 2002. Suhaidah telah mendapat tempat ketiga dalam acara lontar peluru bawah 12 tahun. Dia yang tinggal di Kampung Melaka menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang tentera. Memang selayaknya dia bercita-cita sedemikian kerana acara yang disertainya itu merupakan satu sukan yang lasak.

NAIB JOHAN PUISIDRA SAINS 2002

Bertempat di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn telah dijalankan Pertandingan Puisidra Sains 2002 pada 19 Jun 2002. Dalam pertandingan tersebut SKBR yang diwakili oleh Mohd Afiq b. Ab Wahab, Nurul Fathihah bt Mohd Roli, dan Nur Syafina bt Mohamed telah berjaya merangkul tempat Naib Johan.

Mohd Afiq b. Ab Wahab Nurul Fathihah bt Mohd Roli Nur Syafina bt Mohamed

GUNA DAN KITAR SEMULA

Assalamualikum, saya ucapkan

Bicara alam dan juga kehidupan

Amalan manusia yang alpa wujudnya pencemaran

Kitar semula kita bicarakan.

Asal kapas menjadi benang

Benang ditenun menjadi kain

Barang yang lepas jangan dibuang

Boleh dikitar menjadi yang lain.

Bersih itu amalan beriman

Membazir itu saudara syaitan

Surat khabar lama jangan disimpan

Ada peluang baik jualkan

Disepak ke kanan bergolek ke kanan

Nasib Si tin di tepi jalan

Tong setia menanti berilah peranan

Menjaga kebersihan jadikan amalan.

Botol kicap, oren dan cuka

Awas jari jangan terluka

Jangan dibuang jika tak suka

Tong di tepi sedia terbuka.

Kertas tercatat pelbagai perkara

Supaya manusia tidak lupa

Jangan dicampak ke atas para

Kitar dan bentukkan pelbagai rupa.

Kad ucapan pengganti diri

Untuk si dia yang diingati

Diubah menjadi penanda buku

Buat temanku si ulat buku.

Cantiknya tayar buatan Jepun

Elok buatan lancar perjalanan

Kalau dah tak berguna jadikan tukun

Atau hiasan bunga di tepi jalan.

Nyaman selesa alam persekitaran

Tiada lagi sampah yang bertaburan

Kreatif dan rajin kurangkan pembaziran

Kitar semula elakkan pencemaran.

Amalkan kitar semula untuk memelihara alam sekitar yang kita cintai.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLASEPAK MSSDHL PERINGKAT ZON CHERAS 2003
PUSINGAN LAWAN SKBR KEPUTUSAN JARINGAN
LIGA

(NAIB JOHAN)

 SKBatu 9 SERI 0-0
 SK Dusun Nanding MENANG 5-0
SK Bandar Hussein Onn 'B' KALAH 0-2
SUKU AKHIR SK Taming Jaya  'B' MENANG 1-0
SEPARUH AKHIR SK Sg Lui KALAH 0-2
TEMPAT KE-3 DAN  4 SK Desa Baiduri KALAH (PENALTI) 5-6
Pertandingan telah dijalankan di Padang SKBTHO, hari Rabu & Khamis, 6-7 Mac 2003
JOHAN: SK BTHO 'B'   NAIB JOHAN: SK SG LUI

KEPUTUSAN PERTANDINGAN NASYID DAN BERCERITA PERINGKAT ZON CHERAS 2003

Warga didik SKBR yang telah menyertai Pertandingan Nasyid dan Bercerita Kisah-kisah Nabi bahagian lelaki di Peringkat Zon Cheras telah mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua acara tersebut. Pertandingan telah diadakan di SK BTHO pada hari Sabtu, 8 Mac 2003:

Mohd Atif Azhari b. Azmi, murid Tahun 5C - Pertemuan Nabi Musa dengan Nabi Shoib a.s.

Peserta-peserta Pasukan Nasyid:

1. Nurul Fatihah bt Mohd Roli, 6 C (Ketua)                  8. Nurul Syahira bt Zulkiflee, 4 R

2. Nur Syafina bt Mohammed, 6 C                                9. Dewi Tamarlina bt Mardius, 4 K

3. Siti Aisyah bt Razif, 6 C                                            10. Nurul Hamiza bt Mohd Helmi,6R

4. Nur Jaliah Adilla bt Abd Jalil, 6 C                            11. Nurul Hidayu bt Hj Mohd Lazim, 6 C

5. Nur Syazaliana bt Syazlan, 6 R                                12. Nur Syakira bt Rizal, 5 C

6. Izyan Syahira bt Mohd Tarmizi, 6 C                         13. Raja Nur Izwan bt Raja Ahmad, 4 K

7. Syathirah bt Zulkiflee, 6 C                                         14. Nadhirah bt Razali, 6 C

 15. Nur Atikah bt Ramli, 4 K

                                                                       

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO TAHAP 2 DAN BERCERITA TAHAP 1 DAN 2 PERINGKAT ZON CHERAS 2003

PEMENANG BERCERITA TAHAP 1 BERCERITA TAHAP 2 PIDATO TAHAP 2
JOHAN NUR ATHIRA BT ABD MALEK (3K)

SK BUKIT RAYA

MUHD AL-KASYID KHALIFAH B. BAHRIN

SK TAMAN CUEPACS

SWARNA LHEAKHA

SK TAMING JAYA

NAIB JOHAN JAMALUDDIN B. SAHLAN

SK LUBOK KELUBI

NORSHAHIRA

SK SUNGAI LUI

NABILA HUDA BT KHAIRUDDIN

SK TAMAN CUEPACS

KETIGA NORLILI NATASHA BT AZMI

SK TAMAN CUEPACS

FATIN NUR AQILAH BT ABD RAHMAN

SK LUBOK KELUBI

QISTINA BT HASNAN

SK BANDAR TUN  HUSSEIN ONN

NAIB JOHAN PUISIDRA SAINS ZON CHERAS 2003

SK Dusun Tua, 11 Jun 2003 - Peserta SKBR telah berjaya meraih tempat Naib Johan dalam Pertandingan Puisidra Sains 2003 Peringkat Zon Cheras yang telah dilangsungkan di sini. SKBR telah diwakili oleh warga didik: Nursyafina bt Mohammad, Nurul Fatiha bt Md Roli, dan Mohd Afiq b. Abd Rahman. Mereka bertiga akan mewakili Zon Cheras bersama-sama dengan Pasukan Johan dari SK Desa Baiduri ke Peringkat Daerah tidak lama lagi. Mereka bertiga juga merupakan peserta yang mewakili sekolah pada tahun lepas ketika mereka berada di Tahun 5.

1 2 3 1 - MOHD AFIQ B. WAHAB

2 - NURUL FATIHA BT MD ROLI

3 - NURSYAFINA BT MOHAMMAD

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SELAWAT DAN DOA HARIAN

PERINGKAT ZON CHERAS

Pertandingan telah diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai 2004 di SK TAAM

SELAWAT:

PERTAMA : SK SG SERAI

KEDUA     : SK TAAM

KETIGA    : SK SG TEKALI

DOA HARIAN LELAKI:                        DOA HARIAN PEREMPUAN:

PERTAMA  : SK TAAM                        SK LUBOK KELUBI

KEDUA       : SK LUBOK KELUBI         SK TAMAN CUEPACS

KETIGA       : SK TAMAN CUEPACS    SK SG TEKALI