Seramai tiga orang Guru Kanan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya telah menerima kenaikan pangkat pada tahun ini. Mereka terdiri daripada En Mohd Rasul b. Mat Yazid bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, Ampang sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Ariff b. Yahaya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras dan Pn Sarifah Hamidah bt Raja Ahmad selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, Hulu Langat. Pertukaran mereka merupakan satu kehilangan besar kepada warga SKBR. Mereka adalah antara guru perintis bersama-sama En Mohamad Jafar b. Ibrahim selaku Guru Besar yang pertama bila sekolah ini dibuka semula pada 4.01.1999 lalu setelah pembinaan bangunan barunya telah siap dan boleh digunakan. Namun begitu apa kan daya, mereka bertukar kerana arahan dan kenaikan pangkat. Semoga mereka akan lebih berjaya di sekolah-sekolah baru mereka sebagai GPK-GPK yang hakiki bukannya sebelum ini hanya di atas lantikan Guru Besar.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
EN MAMOOD BIN SALLEH Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan 1, bermula 1 November 2002 di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Jalan Hulu Langat, Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. SK Dusun Nanding adalah salah sebuah sekolah yang baru dibuka mulai sesi persekolahan Tahun 2003. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GURU-GURU YANG BERTUKAR TAHUN 2003 |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|