PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA TAHAP 1 DAN 2 PERINGKAT ZON CHERAS Jabatan Pendidikan Selangor akan mengadakan Karnival Bahasa dari 21 hingga 23 April 2003 di Daerah Kuala Langat. Terlebih dahulu di peringkat daerah akan diadakan pertandingan-pertandingan berpantun, berpidato, dan bercerita. Bagi Daerah Hulu Langat pertandingan-pertandingan tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 29 Mac 2003 di SK Saujana Impian bermula jam 8.30 pagi. Peringkat zon-zon pula ditentukan oleh Pengerusi Zon masing-masing. Agak berbeza sedikit bagi pertandingan berpantun, suatu sesi uji bakat akan diadakan pada 26 Februari 2003 di SK Leftenan Adnan, Kajang bermula jam 8.30 pagi. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Daerah Hulu Langat pada 28 Januari 2003 di SK Leftenan Adnan yang dipengerusikan oleh Pn Hjh Rapichah bt Hj Lazim. Bagi Zon Cheras yang dipengerusikan oleh En Mohamad Jafar b. Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Raya telah menetapkan tarikh pertandingan pidato dan bercerita tahap 1 dan 2 pada hari Sabtu, 8 Mac 2003 jam 8.00 pagi di SK Bukit Raya. Mesyuarat yang telah diadakan pada 7 Februari 2003 telah membentuk dan melantik Jawatankuasa-jawatankuasa kecil bagi melaksanakan pertandingan tersebut. Mesyuarat telah dihadiri seramai 12 orang wakil termasuk tuan rumah dan SJKC Batu 11, Cheras. Mesyuarat juga telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut: 1. Bayaran penyertaan sebanyak RM30.00 sahaja. Semua Sekolah Kebangsaan diwajibkan membayar jumlah tersebut sama ada menyertainya atau tidak. Tujuannya adalah untuk menampung kos menganjurkan pertandingan tersebut. Bagi Sekolah-sekolah Cina adalah digalakkan untuk mengambil bahagian di peringkat zon tetapi tidak boleh mewakili zon jika menang nanti. Perkara ini adalah merupakan salah satu syarat pertandingan yang telah diputuskan di peringkat Panitia Daerah semenjak tahun lepas-hanya Sekolah Kebangsaan sahaja. 2. Tarikh menyerahkan borang dan bayaran penyertaan tersebut adalah pada 21 Februari 2003. Pada hari yang sama akan diadakan Mesyuarat JK Pelaksanaan jam 9.00 pagi di SK Bukit Raya bagi mendengar laporan daripada JK Kecil mengenai persiapan terakhir yang telah dilakukan. 3. Mesyuarat telah bersetuju untuk menjemput Pengerusi PBMDHL, Pn Hjh Rapichah untuk perasmian penutup dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang nanti. 4. Untuk menampung defisit perbelanjaan mesyuarat telah memutuskan untuk memohon sumbangan sebanyak RM15.00 sahaja daripada pihak pengusaha kantin dan kedai buku sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. 5. Hadiah diberi kepada Johan, Naib Johan dan tempat ketiga sahaja. Johan akan mewakili zon ke peringkat daerah. Hadiah berupa piala (emas,perak dan gangsa) dan sijil penyertaan. 6. Hakim terdiri daripada guru-guru yang akan dijemput dari Zon Semenyih. Bilangan mereka seramai 10 orang termasuk seorang ketua hakim. Beliau akan memberi ulasan dan laporan kepada PBMDHL. JAWATANKUASA INDUK PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH HULU LANGAT PN HJH SITI ZAHARAH BT AMAN, AMN, PJK PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU LANGAT/PENAUNG PN HJH JAMILAH BT JAMAL PEN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (AKADEMIK)/PENASIHAT 1 PN ZAIMAH BT AHMAD PENYELIA AKADEMIK/PENASIHAT 2 PN HJH RAPICHAH BT HJ LAZIM GURU BESAR SKLA/PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANDINGAN PIDATO DAN BERCERITA PERINGKAT ZON CHERAS 2003 EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM GURU BESAR SKBR/PENGERUSI EN SAID B. MUSA GPK 1 SKBR/N.PENGERUSI
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON CHERAS TAHUN 2003 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SELASA, 1 APRIL 2003 JAM 8.00 PAGI - 5.00 PETANG BERTEMPAT DI PADANG SK BUKIT RAYA, CHERAS. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JAWATANKUASA PELAKSANA
EN MOHAMAD JAFAR B. IBRAHIM GURU BESAR / PENGERUSI
PN HJH FATIMAH BT SULAIMAN GPK KOKURIKULUM/ NAIB PENGERUSI
PN FAIZAH BT TALIB SETIAUSAHA
CIK FATHIN HAMAMMAH AKMAR BT AHMAD ANUAR BENDAHARI
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON CHERAS 2003 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JOHAN : SK SUNGAI LUI | NAIB JOHAN : SK TAMAN CUEPACS | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KETIGA : SK TAMING JAYA | KEEMPAT : SK TUN ABDUL AZIZ MAJID | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN PADA HARI KEJOHANAN | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Barisan Pengadil Kejohanan Bola Jaring Peringkat Zon Cheras 2003 |
Pasukan Tuan Rumah, SKBR bergambar bersama-sama Pn Hjh Fatimah, GPK Koko dan jurulatih serta guru-guru. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
En Hisham b. Baba, YDP PIBG SK Bukit Raya sedang menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan tersebut. | Inilah Pasukan Juara, SK Sg Lui yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Antara senario kejohanan...Ini main bolajaring ke atau ragbi.... | Masuk ke tak.....Yes, masuk!..... |